|
The World Alliance
for Breastfeeding Action (WABA) telah memilih 'Penyusuan Susu Ibu - Anugerah
SemulaJadi'. Sebagai tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1997.
- Mengakui kapasiti wanita dalam mengekalkan
perikemanusian
- Menyedari kebaikan susu ibu
- Mengikitiraf susu ibu sebagai sistem
pemakanan paling ekologikal.
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1997
bertujuan untuk membentuk kesedaran dalam masyarakat mengenai kebaikan
susu ibu terhadap persekitaran dan efek buruk penyusuan susu berformula
/ botol secara ekologikal. Ia memerlukan kerjasama kumpulan pencinta alam
sekitar untuk memastikan pihak kerajaan dan komuniti global menyokong
tindakan yang dapat menyelamatkan alam sekitar ini. Terdapat pelbagai
sebab agar wanita menyusukan anak dengan susu ibu : susu ibu adalah makanan
yang terbaik, berkhasiat dan dapat melindungi bayi dari pelbagai penyakit.
Pendeknya susu ibu dapat membantu tumbesaran kanak kanak secara fizikal
dan psikologikal.
Kepada ibu, susu ibu dapat mengurangkan
risiko kanser payudara dan ovari, mengurangkan pendarahan selepas bersalin
dan anemia kekurangan zat besi. Penyusuan dengan susu ibu adalah cara
semulajadi dalam menjarakkan anak dengan melambatkan ovulasi ibu selepas
bersalin. Penyusuan dengan susu ibu dapat menambakhan keyakinan diri ibu
dalam kebolehannya memberikan yang terbaik untuk bayinya. Ia juga dapat
mengurangakn penggantungan ibu terdapat produk komersil. Penyusuan dengan
susu ibu menguntungkan semua sektor dalam masyarakat secara ekonomi, sosial
dan alam sekitar. Bagaimanpun sejak beberapa dekad kebelakangan ini, keyakinan
wanita terhadap kebolehannya untuk memberikan zat makanan yang baik untuk
tumbesaran anaknya diberi tentangan hebat seperti kurangnya sokongan sosial
dan taktik penjualan susu formula yang agresif.
Berjuta juta bayi jatuh sakit setiap tahun
kerana mereka tidak diberi susu ibu. World Health Organisation (WHO) menganggarkan
lebih 1.5 juta kematian bayi setiap tahun dapat dielakkan jika mereka
disusukan dengan susu ibu. Adalah penting agar semua tenaga dari pelbagai
sektor dapat digabungkan untuk menyokong, melindungi dan mempromosikan
penyusuan susu ibu. Semua sektor dalam masyarakat perlu mengetahui kepentingan
dan kebaikan penyusuan susu ibu sebelum sokongan dapat diberikan. Semua
wanita perlu diberi informasi dan sokongan mengenai hak semulajadi ini.
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1997 dapat digunakan untuk kita berganding
bahu dengan masyarakat seluruh dunia untuk mempertahankan budaya penyusuan
susu ibu; satu budaya semulajadi. Penyusuan dengan susu ibu dapat menyelamatkan
alam sekitar dengan mengurangkan permintaan keatas susu berformula. Ia
dapat mengurangkan pencemaran dan sampah sarap. Pengeluaran susu tiruan
menghasilkan bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula dipelbagai
peringkat penghasilan, pengedaran dan penggunaanya. Susu ibu adalah unik,
ia tidak menyebabkan pencemaran dan merupakan makanan yang paling lengkap
untuk melindungi ekologi..
MEMPROSES SUSU TIRUAN MEMBAZIRKAN TENAGA
Susu Tiruan dihasilkan dikilang dimana ia ditukarkan ke dalam bentuk serbuk
pada suhu yang tinggi. Pemprosesan susu ini menggunakan tenaga elektrik
dimana biasanya di dapati secara hidroelektrik atau kuasa nuklear, keduan
duanya menelan tenaga yang tinggi dan merosakkan alam sekitar. Susu ibu
diproses secara semulajadi. Pemakanan ibu yang normal ditukarkan kepada
sumber makanan yang lengkap dan semulajadi untuk bayinya. Ia merupakan
kilang pemprosesan makanan yang terbaik didunia tanpa pembaziran tenaga
dan pencemaran alam sekitar.
SUSU TIRUAN MUNGKIN TERKONTAMINASI
Pemprosesan susu tiruan melalui perbagai peringkat bagi menukarkan susu
lembu kepada bentuk serbuk kesemua peringkat yang dilalui oleh susu ini
mendedahkannya kepada pelbagai bahan kontaminasi seperti bakteria, radioaktiviti,
bahan kimia, benda asing dan serangga. Selain itu apabila air ditambahkan
kepada serbuk susu ia juga membawa bersama bahan kontaminan. Susu ibu
adalah benda yang hidup. Susu setiap wanita dihasilkan agar sesuai untuk
bayinya. Kandungan susu ibu bertukar dalam setiap penyusuan juga dari
hari ke hari mengikut keperluan bayinya. Susu ibu juga mengandungi antibodi
yang dihasilkan oleh ibu apabila ibu terdedah kepada patogen dalam persekitaran,
antibodi ini digunakan bayi untuk melawan penyakit.
Contoh kontaminasi dalam susu tiruan.
- 1997 - UK : Milumil tidak lagi dijual
apabila ia dikaitkan dengan infeksi Salmonella.
- 1997 - USA : FDA mendapati Nestle Carnation
Follow-Up dihasilkan dalam keadaan yang tidak bersih. Dikaitkan dengan
iritasi perut. Sebanyak 11,317 kes dilaporkan.
- 1996 - USA : Susu Pekat Alsoy Carnation
dalam tin 32 oz ditarik dari penjualan kerana arahan di penutup tin
ditulis 'Jangan Tambah Air'. Perletakan label yang salah ini boleh menyebabkan
bayi diberi susu yang pekat tanpa dicairkan. Label disisi tin mengarahkan
penambahan air.
- 1996 - USA : Jus epal dan prun Heinz
untuk bayi dalam botol 4 oz ditarik dari penjualan kerana mengandungi
lebihan kandungan plumbum sebanyak 80 bpj.
- 1994 - Sri Lanka : Pegawai kastam
menghantar balik susu tepung Nestle yang diimport dari Poland kerana
mengandungi bahan radioaktif.
- 1993 - USA : Formula Nutramigen didapati
mengandungi serpihan kaca didalamnya. Formula ini ditarik dari perjualan.
- 1993 - USA : Susu Formula Soyalac didapati
mengandungi kuman Salmonella.
PENGANGKUTAN MENCEMARKAN DAN MEMBAZIR
PETROL
Susu lembu segar, bijirin dan bahan tambahan yang digunakan dalam penghasilan
makanan bayi perlu diangkut ke kilang untuk diproses. Seterusnya bahan
siap perlu diangkut ke gudang- gudang dan kedai untuk dijual. Negara kita
misalnya mengimpot susu ini dari seluruh pelusuk dunia. Pengangkutan yang
terlibat untuk penghantaran susu ini membazirkan petrol dan menyumbangkan
kepada pencemaran di serata dunia. Susu ibu sedia diangkut oleh ibu kemana
sahaja ibu pergi, sentiasa untuk keperluan anaknya.
SUSU IBU TIDAK MEMERLUKAN BUNGKUSAN
KHAS
Pengilang susu tiruan menggunakan pelbagai bahan untuk membungkus susu
ini seperti timah bagi membuat tin, kertas dan plastik. Penggunaan botol
susu, puting dan bahan penyusuan yang lain juga membazirkan plastik, getah,
silikon dan kaca. Setiap tahun 550 juta tin susu berformula dijual setiap
tahun di USA. Tin tin ini jika disusun bersebelahan cukup untuk mengelilingi
bumi 1 ½ kali. Pada tahun 1987 sebanyak 4.5 juta botol susu dijual di
Pakistan. Jumlah botol ini jika disusun diatas satu sama lain dapat mencapai
ketinggian Gunung Everest.
PENYEDIAAN SUSU : PEMBAZIRAN LAGI
!
Seorang bayi yang berumur 3 bulan memerlukan 1 liter air setiap hari untuk
dicampurkan dengan susu formula. 2 liter air lagi diperlukan untuk merebus
bagi sterilasi botol dan puting. Jika air di masak diatas kayu api sebanyak
73kg , kayu diperlukan setiap tahun bagi penggunaan seorang bayi. Di kebanyakan
tempat didunia ini, bahan api dan air sukar didapati maka kebersihan botol
dan puting sukar dikekalkan. Susu ibu sentiasa tersedia pada suhu yang
optimum, tidak memerlukan sterilasi dan tidak menyumbangkan kepada pencemaran.
PENYUSUAN SUSU IBU - MASIH PILIHAN
TERBAIK
Pencemaran industri bererti bahan toksik seperti dioxin dan polychlorinate
biphenyl (PCB) dapat dikesan didalam makanan, badan dan persekitaran.
PCB juga didapati didalam susu lembu dan susu ibu. Walau bagai mana pun,
WHO telah menyarankan agar kanak kanak terus diberikan susu ibu kerana
kebaikan susu ibu melebihi risiko pencemaran industri ini. Kajian telah
menunjukkan, jika seseorang bayi menerima pencemaran toksin semasa dalam
kandungan ia boleh mengurangkan daya ingatan bayi. Kajian juga mendapati
ingatan bayi ini bertambah baik berkadarkan dengan jangka masa bayi, menerima
susu ibu. Lebih lama bayi diberi susu ibu, lebih banyak ingatan bayi dapat
dipulihkan. Laporan dari Canada, Germany, Luxembourg, Norway, Sweden dan
UK menunjukkan penurunan tahap toksin yang dijumpai didalam susu ibu.
Tahap dioxin menurun sebanyak 35 % antara 1988 dan 1994 di Norway dan
UK.
CARA PEMBUANGAN MENCEMARKAN UDARA,
TANAH DAN AIR
Bungkusan yang digunakan untuk menyimpan susu formula dibuang selepas
susu habis digunakan. Begitu juga botol susu, puting dan bahan susuan
lain. Kebanyakan bahan bahan ini tidak dikitar semula dan tidak boleh
reput (biodegradable). Botol susu plastik dan puting mengambil masa 200-450
tahun untuk reput. Botol kaca pula reput pada kadar yang tidak dapat ditentukan.
Cara pembuangan sampah sarap seperti teknik penambahan tanah boleh mencemarkan
air dibawah tanah. Pembakaran sampah akan mencemarkan udara. Pembakaran
botol susu plastik boleh membebaskan dioxin ke persekitaran. Susu ibu
tiada menghasilkan sampah sarap. Ia adalah cara yang mudah untuk menyelamatkan
alam sekitar.
USAHA MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR
Pada tahun ini kami bekerja berganding bahu bersama kumpulan kumpulan
pencinta alam sekitar. Anda bolehlah berbincang dengan mereka berkenaan
kesan penggunaan susu botol terhadap alam sekitar. Langkah yang betul
anda ambil :
- Hari Alam Sekitar jatuh pada 05 Jun
setiap tahun. Anda boleh merebut peluang untuk melancarkan Minggu Penyusuan
Ibu dan melibatkan diri dengan aktiviti. Hari Alam Sekitar dengan berbincang
berkenaan botol susu dan kesannya ke atas persekitaran.
- Meminta kumpulan penyelamat alam sekitar
agar tidak menerima sebarang bantuan atau derma dari syarikat pengeluar
pengedar susu tiruan, makanan bayi, botol dan puting susu.
- Mencadangkan agar tajuk "Kesan Botol
Susu Ke Atas Persekitaran" diselitkan dalam agenda perjumpaan kumpulan.
- Mengadakan demonstrasi dan membina
segunung sampah dari tin susu, botol dan puting susu. Untuk menyusukan
seorang bayi untuk setahun 40 kg susu tepung diperlukan bersamaan 80
tin (500g setiap tin ) dibuang.
- Ahli ekologi dapat memberikan informasi
terkini berkenaan situasi ditempat anda seperti : Jumlah susu yang diimpot
setiap tahun? Jumlah tin susu yang dijual setahun.
ORANG AWAM
Orang awam sepatutunya melibatkan
diri dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu. Langkah yang boleh diambil :
- Hubungi wakil kerajaan, kumpulan aktivis
alam sekitar atau individu lain yang berusahan kearah pemulihan alam
sekitar. Minta sokongan mereka dalam melibatkan diri dengan aktiviti
yang sesuai.
- Hubungi parti politik dan ahli politik
yang sedar dan mengambil berat berkenaan isu persekitaran agar kod penjualan
susu tiruan antarabangsa diselitkan dalam agenda politik.
- Menjemput agensi agensi kerajaan agar
melibatkan diri dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu.
- Meminta institusi kerajaan agar mengadakan
program bercorak pendidikan di sekolah-sekolah, zoo, muzium dan lain-lain
lagi berkenaan Minggu Penyusuan Susu Ibu antara 1 - 7 Ogos. Cadangkan
aktiviti untuk kanak-kanak dan remaja.
- Hubungi pekedai-pekedai yang menjual
barangan pro-persekitaran agar mempamerkan poster Minggu Penyusuan Susu
Ibu di kedai mereka.
- Letakkan poster Minggu Penyusuan Susu
Ibu di pusat-pusat kitar semula.
- Menyelitkan informasi berkenaan kebaikan
susu ibu seperti di dalam khutbah keagamaan, risalah -risalah dan akhbar
keagamaan.
- Pakaikan kemeja T, lencana atau pelekat
kereta sepanjang bulan Ogos.
Kanak-kanak dan Remaja
Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu 1997 menggalakkan penglibatan kanak-kanak
dan remaja. Ini merupakan peluang yang baik untuk memupuk minat dalam
penyusuan susu ibu di kalangan bakal-bakal ibu dan bapa. Langkah yang
dapat anda ambil :
- Bekerjasama dengan organasasi penyelamat
alam sekitar untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kanak
kanak dan remaja.
- Mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan
agar Minggu Penyusuan Ibu dimasukkan dalam kalendar program program
persekolahan.
- Hubungi sekolah sekolah yang berdekatan
dan cadangkan agar sekolah sekolah tersebut melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti aktiviti. Minggu Penyusuan Susu Ibu seperti :
- Peraduan dan pameran lukisan,
gambar atau karangan berkenaan Penyusuan Susu Ibu dan Alam Sekitar.
- Tarian, teater atau pertunjukan
muzik yang selaras dengan tema.
- Permainan atau aktiviti rekreasi
yang berkaitan dengan penyusuan dan alam semulajadi.
- Membuka halaman WABA di internet
bersama kanak kanak dan remaja
- Melawat zoo untuk memerhatikan
pelbagai jenis mamalia dan tingkah laku mereka. Tunjukkan kepada
mereka bahawa manusia adalah satu satunya mamalia yang gemar memberi
susu spesis lain kepada anak mereka
- . Kaji beberapa jenis mamalia.
Apakah keunikan setiap spesis. Berapa kerapkah mereka menyusu? Bagaimanakah
rupa susu mereka?.
- Bandingkan komposisi susu pelbagai
mamalia. Contohnya, kenapakah susu ikan lumba lumba mengadungi kadar
lemak yang tinggi? (untuk memenuhi keperluan anaknya). Tunjukkan
bahawa setiap spesis menghasilkan susu yang sesuai untuk spesisinya
sendiri.
- Hubungi kumpulan belia contohnya
Rakan Muda untuk menganjurkan pesta ekologi. Salah satu gerai boleh
dikhaskan untuk Penyusuan Susu Ibu. Jika boleh pesta harus dijalankan
dikawasan dimana program pembersihan sungai atau taman boleh dijalankan
secara bergotong-royong. Iklankan program yang hendak dijalankan
di surat khabar and radio.
INTERNET
Internet adalah cara yang berkesan dan baik untuk menyebarkan maklumat
berkenaan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia. Langkah langkah yang boleh anda
ambil :
- WABA telahpun menerbitkan halaman berkenaan
Minggu Penyusuan Ibu Sedunia dalam bahasa Inggeris dan Portugis http://
www.elogica.com.br/waba. Informasi berkenaan Penyusuan Susu Ibu dan
alam sekitar, cadangan mengenai aktiviti aktiviti yang boleh dijalankan,
alamat alamat yang boleh dihubungi dan Forum Interaktif dimana anda
boleh melibatkan diri dengan memberi cadangan, persoalan dan komen berkenaan
Minggu Penyusuan Ibu Sedunia.
- WABA telahpun menhasilkan fail ilustrasi
berkenaan Minggun Penyusuan Susu Ibu yang menunjukkan wanita dari seluruh
pelusuk dunia. Anda boleh menggunakan ilustrasi ini dengan memindahkan
ilustrasi ini kedalam hard disk komputer anda.
- Dihalaman ini terdapat 'Kit Elektronik'
dengan animasi kartun yang direka khas untuk kanak kanak, watak watak
kartun bercakap mengenai penyusuan susu ibu dan alam sekitar dalam bahasa
yang mudah difahami dan menarik.
- Gunakan 'Senarai Perbincangan Internet'
(Internet discussion lists) untuk menyebarkan aktiviti aktiviti Penyusuan
Susu Ibu.
- Buka halaman kumpulan kumpulan penyelamat
alam sekitar yang terdapat dalam Internet anda. Tinggalkan mesej mengenai
program yang dijalankan dalam Minggu Penyusuan Susu Ibu tahun ini. Diantara
alamat alamat yang boleh dihubungi :
- Greenpeace : http://www.green peace.org/
- Econet : http://www.igc.org/igc/econet/
- Friens of the Earth : http://www.xs
4 allml/foeint/
- WWF Global Network : http://www.panda.org/
PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org
|
|