| |
Penyusuan
susu ibu sama seperti gaya hidup yang lain, memerlukan
maklumat yang tepat sebelum sebarang keputusan muktamad
mengenainya diambil. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, sumber maklumat kami semakin berubah
dan berkembang dengan agak radikal. Seratus dahulu, sekeping
gambar adalah sesuatu yang amat berharga bagi kami! Kini,
gambar menjadi perkara biasa bagi sesiapa saja, sekalipun
di kalangan masyarakat yang masih mundur. Semakin sumber
maklumat berkembang dengan lebih pesat, kualiti dan motivasi
melalui sumber yang kami gunakan juga turut berubah. Ada
kalanya, perubahan sistem komunikasi dan teknologi maklumat
tidak begitu menyebelahi pihak kami. Malah memberi cabaran
kepada kami.Justeru itu, kaedah perjuangan untuk melindungi,
mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu semakin berubah
berdasarkan sejauh mana kecekapan kami mengawal penyebaran
maklumat.
|
 |