Amalan Etika Industri Susu Formula Bayi
Laman Utama

Industri Susu Formula Bayi hendaklah :

  1. Akur dan mematuhi Tata Etika ini dan berpegang kepada etika professional dan pemasaran serta peraturan tingkah laku tertentu di dalam semua urusan di dalam system penjagaan kesihatan, pusat jualan dan masyarakat.
  2. Memastikan kakitangan syarikat masing-masing yang terlibat di dalam penjualan dan pemasaran produk Susu Formula Bayi mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai Tata Etika ini.
  3. Tidak memasarkan, menggalakkan atau mengiklankan Produk Susu formula Bayi untuk :
    (a) mencabar keunggulan susu ibu atau
    (b) bersaing dengan apa jua cara dengan susu ibu
  4. Tidak memberikan sample Produk Susu Formula Bayi kepada :
    (a) system penjagaan kesihatan untuk kegunaan dalaman atau untuk pengedaran semula kemudiannya kepada ibu-ibu megandung dan meyusukan anak, ibubapa yang mempunyai bayi dan anak, dan ahli keluarga mereka dan
    (b) pusat jualan untuk pengedaran semula kemudiannya kepada masyarakat. Sampel produk baru Susu Formula Bayi bagaimanapun, boleh dibekalkan kepada Professional Perubatan dan Kesihatan bgi tujuan penilaian setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan
  5. Tidak menggalakkan atau mengiklankan Produk Susu Formula Bayi mereka di dalam sistem penjagaan kesihatan, pusat jualan dan media massa. Bagaimanapun, bahan-bahan saintifik dan pendidikan boleh dibahagikan kepada pentadbir hospital, doktor perubatan, ahli pemakanan, ahli teknologi makanan, penyelia jenis makanan, ahli farmasi dan penyelia jururawat.
  6. Tidak memberikan air yang dibotolkan, botol susu, puting dan alatan menyusu lain yang berkaitan kepada professional/kakitangan perubatan untuk kegunaan dalaman atau pengedaran semula kemudiannya kepada orang ramai.
  7. Tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dengan pertunjukkan bayi (0-3 bulan)
  8. Memastikan ganjaran kakitangan syarikat berdasarkan kadar tetap dan tertentu tidak berkaitan dalam apa cara sekalipun dengan jualan Produk Susu Formula Bayi.
  9. Tidak memberi, secara langsung atau tidak insentif dalam bentuk tunai atau seumpamanya kepada professional/kakitangan perubatan dan kesihatan atau pusat jualan sebagai galakan mempromosi Produk Susu Formula Bayi.
  10. Tidak mendapatkan, secara langsung atau tidak, nama dan alamat ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan anak dengan apa cara sekalipun.
  11. Tidak membenarkan kakitangan syarikat mempunyai hubungan langsung atau tidak dengan ibu mengandung atau menyusukan anak, ibubapa bayi dan kanak-kanak, dan anggota keluarga mereka dan pengasuh anak-anak bagi tujuan penggalakkan barangan dan menjalankan fungsi pendidikan berhubung dengan penyusuan Produk Susu Formula Bayi. Bagaimanapun, mereka boleh dibenarkan untuk menyiasat aduan tertentu berhubung dengan barangan mereka.
  12. Tidak membenarkan kakitangan syarikat memakai pakaian seragam yang serupa dengan kakitangan perubatan dan kesihatan kerajaan.
  13. Tidak mempamerkan Produk Susu Formula Bayi di dalam persidangan, pameran atau apa jua forum sepertinya.
  14. Tidak memberikan perkhidmatan keibuan sama ada secara langsung ataupun tidak