Garis Panduan Untuk Menerbit dan Menapis Maklumat dan Bahan Pendidikan
Laman Utama
1.Prinsip-prinsip umum
  • Semua bahan maklumat dan pendidikan berhubung dengan Produk Susu Formula Bayi hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Penapisan untuk kelulusan.
  • Risalah ringkas ("can-insert") yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penapisan adalah dibenarkan.
  • Terjemahan yang betul bahan-bahan yang diluluskan ke dalam Bahasa Malaysia dan bahasa-bahasa lain adalah tanggungjawab industri Susu Formula Bayi.
  • Kod kelulusan yang diberikan oleh Jawatankuasa Penapisan adalah berpandukan semata-mata kepada skop Etika.

2.Pelabelan Barangan Semua pelabelan barangan hendaklah:

  • mematuhi Akta Makanan 1993, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Akta Perihal Perdagangan 1972;
  • dalam Bahasa Melayu dan boleh memasukkan terjemahannya sekali dalam bahasa lain;
  • tidak mempamerkan sebarang tuntutan yang menyatakan kelebihan barangan tersebut berbanding susu ibu;
  • mempunyai kenyataan yang memberitahu barangan tersebut hanyalah boleh digunakan dengan nasihat perubatan;
  • mempunyai arahan untuk penyediaan yang betul dan amaran mengenai bahayanya terhadap kesihatan jika tidak disediakan dengan betul;
  • tidak menggunakan istilah "humanized" atau "maternalised" atau istilah yang serupa;
  • tidak digunakan sebagai cara untuk mengiklankan barangan lain;
  • mempunyai nama-nama dan alamat-alamat pengimpot dan pengekspot;
  • mempunyai tarikh luput;
  • mempunyai arahan mengenai penyimpanan Produk Susu Formula Bayi yang betul;
  • memberi gelaran yang sesuai kepada bahan-bahan utama yang digunakan dalam Produk Susu Formula Bayi mengikut susunan menurun bahagiannya dalam ukuran timbang;
  • tidak menunjukkan perkataan "Formula Bayi dengan zat Besi" kecuali barangan tersebut mengandungi tidak kurang dari 1 mg zat besi (Fe) bagi setiap 100 kalori yang dibekalkan;
  • mempunyai nama haiwan atau tumbuhan punca bahan-bahan utama itu diperolehi, ditulis pada Senarai Bahan- Bahan dalam huruf tebal;
  • mempunyai penyataan mandotori berikut pada panel pamer utama label tersebut;
    • - Kod kelulusan daripada Jawatankuasa Penapisan
    • - "SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI". Perkataan ini hendaklah berhuruf tebal dan tidak kurang dari 10 mata saiznya untuk tin 500g. Saiz huruf hendaklah dibesarkan mengikut saiz tin.
    • - Gelaran yang betul misalnya FORMULA BAYI, FORMULA SUSULAN, FORMULA KHAS dan lain-lain. Perkataan ini hendaklah lebih menonjol dalam penekanan visual dan kedudukannya dan hendaklah tidak kurang dari separuh daripada ketinggian apabila dibandingkan dengan jenama barangan Produk Susu Formula Bayi.
    • - "RUMUSAN BAYI BUKANLAH MAKANAN TUNGGAGL UNTUK BAYI LEBIH DARI ENAM BULAN". Perkataan ini hendaklah dalam huruf tebal dan tidak kurang dari 4 mata saiznya bagi tin 500g.
  • Tidak menunjukkan sebarang gambar atau grafik bayi atai anak kecil atau bahagian-bahagian bayi atau anak kecil, ibu, botol susu atauputing susu. Bagi tujuan ilustrasi cara-cara penyediaan, grafik boleh digunakan.

3. Bahan-bahan Untuk Profesional Perubatan dan Kesihatan (pentadbir hospital, doktor perubatan, ahli pemakanan, ahli teknologi makanan, penyelia jenis makanan, ahli farmasi dan penyelia jururawat).

  • tujuannya ialah untuk memberikan maklumat yang tepat mengenai pemakanan ibu dan bayi.
  • Semua bahan untuk Produk Susu Formula Bayi hendaklah menumpukan sekurang-kurangnya suku daripada kandungannya kepada pernyataan yang positif tentang penyusuan susu ibu termasuk:
    • (i) pentingnya permulaan awal penyusuan susu ibu dalam tempoh 1 jam
    • (ii) faedah penyusuan susu ibu dan keunggulan susu ibu;
    • (iii) pemakanan ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu;
    • (iv) kesan-kesan negatif memperkenalkan selangan penyusuan botol terhadap penyusuan susu ibu;
    • (v) kesukaran untuk mengubah keputusan untuk tidak mengamalkan penyusuan susu ibu;
    • (vi) nasihat dan sokongan penyusuan susu ibu untuk ibu-ibu yang bekerja;
    • (vii) sumber Produk Susu Formula Bayi misalnya lembu, kambing, kacang soya.
  • Bahan-bahan ini janganlah menggunakan sebarang gambar bayi yang boleh memberi anggapan akan kesempurnaan penyusuan botol.
  • Apabila bahan-bahan seperti ini mengandungi maklumat tentang pengunaan Produk Susu Formula Bayi, ianya hendaklah mengandungi maklumat tentang:
    • (i) penggunaan Produk Susu Formula Bayi yang betul.
    • (ii) Implikasi sosial dan kewangan terhadap penggunaannya.
    • (iii) Bahayanya terhadap kesihatan penggunaan Produk Susu Formula Bayi dalam keadaan yang tidak memerlukannya atau secara tidak betul.
  • Dakwaan barangan akan mencerminkan keutuhan saintifik tanpa mengimplikasikan sebarang barangan adalah ulung atau setanding dengan susu ibu.
  • Penyampaian faedah-faedah barangan tanpa merujuk kepada susu ibu adalah dibenarkan.
  • Maklumat yang tidak berat sebelah dan nyata tentang Produk Susu Formula Bayi dalam bentuk teks adalah dibenarkan selagi ia tidak mencabar keunggulan susu ibu. Illustrasi (jadual, graf, carta, rajah) membandingkan susu ibu dengan Produk Susu Formula Bayi adalah tidak dibenarkan.
  • Makalah saintifik yang mengandungi maklumat nyata mengenai topik berhubung dengan pemakanan bayi adalah dibenarkan.
  • Gambar bungkusan di dalam bahan-bahan maklumat dan pendidikan boleh dibenarkan dengan kelulusan Jawatankuasa Penapisan.

4 Bahan-bahan Untuk Penapisan Prosedur untuk mengemukakan bahan-bahan untuk penapisan adalah seperti berikut:

  • Tujuan dan golongan sasaran iklan yang hendak dicetak perlulah dinyatakan dengan jelas di dalam permohonan.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan sepuluh (10) salinan bahan-bahan untuk penapisan.
  • Semua bahan-bahan penapisan hendaklah "dalam draf terakhir" sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Penapisan.
  • Semua bahan yang telah diluluskan hendaklah di cetak sama dengan hormat, huruf, rekabentuk, perkataan, gaya, susunan dan bersekadar dengan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penapisan.
  • Setiap bahan yang telah ditapis adalah diluluskan d atas kewajarannya sendiri dan tidak ada dua atau lebih bahan-bahan yang telah diluluskan itu boleh digabungkan bersama tanpa kelulusan Jawatankuasa Penapisan.
  • Satu salinan akhir bahan yang dicetak hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Penapisan untuk tujuan rekod.
  • Bahan-bahan yang telah diluluskan kecuali label barangan, hanya sah untuk tiga tahun sahaja dari tarikh kelulusan. Satu permohonan untuk lanjutan tempoh adalah wajib selepas tempoh tamat.