Matlamat, Skop & Definasi Tata Etika
Laman Utama

1. MATLAMAT TATA ETIKA
Matlamat keseluruhan Tata Etika ini ialah untuk mempertahankan keunggulan susu ibu bagi membantu dalam pemakanan bayi yang selamat dan lengkap melalui perlindungan, penggalakkan dan sokongan penyusuan susu ibu dan untuk memastikan penggunaan Produk Susu Formula Bayi yang betul apabila diperlukan.

2. SKOP TATA ETIKA
Tata Etika ini meliputi prinsip-prinsip asas bagi pemasaran dan maklumat barangan untuk semua Produk Susu Berformula Bayi (termasuk botol dan putting susu) di Malaysia. Ia juga memberikan garispanduan berkaitan amalan etika untuk Industri Susu Formula Bayi dan professional/kakitangan perubatan dan kesihatan dalam sisitem penjagaan kesihatan.

3. DEFINISI

  1. IKLAN bermaksud apa jua perlambangan dengan apa jua cara (bertulis, audio atau pun visual) bertujuan untuk penggalakkan, secara langsung atau tidak, penjualan atau pembelian sebarang Produk Susu Formula Bayi. Ini termasuk sebarang notis, pernyataan akhbar, pekeliling, laporan, komentar, risalah, pena mata bulat, "shelf-talker", katalog, majalah, alat mainan, risalah ringkas ("can-insert"), pad (tulis, nota, preskripsi) kad dan surat (pengumuman, imunisasi, tahniah, pengenalan, telefon), kalender, jam, diari, lencana, sepanduk, pin kot, pin tali leher, pin contoh, papan tanda kedai, notis pada kenderaan, papan iklan, cenderamata korporat dan kaedah-kaedah lain.
  2. GELARAN YANG SESUAI bererti nama atau keterangan yang khusus dan bukannya nama atau keterangan generic, yang menunjukkan kepada bakal pembeli akan sifat sebenar makanan yang mana gelaran tersebut khusus ditujukan.
  3. KAKITANGAN SYARIKAT bermaksud mana-mana professional, penunjuk cara, wakil perubatan, wakil penjual, wakil pemakanan dan pekerja-pekerja lain yang bekerja dengan Industri Susu Formula Bayi atau agen-agen lain yang memasarkan jenama Produk Susu Formula Bayi sesuatu syarikat.
  4. FORMULA SUSULAN bererti Susu Formula Bayi yang dipasarkan untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas sehingga tiga tahun.
  5. SISTEM PENJAGAAN KESIHATAN bererti semua hospital, klinik, perkhidmatan keibuan dan rumah bersalin di sector kerajaan dan swasta yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam penjagaan bayi dan ibu khususnya ibu-ibu mengandung dan menyusukan bayi.
  6. Bayi bererti seorang kanak-kanak yang berumur shingga dua belas (12) bulan.
  7. FORMULA BAYI bererti sebarang makanan yang dihuraikan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Ini adalah barangan yang disediakan daripada susu lembu atau haiwan lain atau tumbuhan sesuai untuk diberi kepada bayi.
  8. INDUSTRI SUSU FORMULA BAYI bererti semua syarikat yang memasarkan Produk Susu Formula Bayi di Malaysia.
  9. PRODUK SUSU FORMULA BAYI termasuklah Formula Bayi, Formula susulan, Formula Khas, Formula Sedia-Diminum dan apa jua Formula berasaskan susu yang digalakkan untuk kegunaan bayi.
  10. LABEL bererti sebarang tag, tanda, gambar atau keterangan lain, bertulis, bercetak, distencilkan, dicat, diembos atau dicap atas atau berkepil atau dimasukkan ke dalam, dijadikan sebahagian atau mengiringi mana-mana barangan Produk Susu Formula Bayi.
  11. PEMASARAN bererti penjualan, pengedaran, penggalakkan, pengiklanan, perhubungan awam barangan dan perkhidmatan maklumat barangan.
  12. PROFESSIONAL/KAKITANGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN bererti sebarang pentadbir hospital, doktor perubatan, ahli pemakanan, ahli teknologi makanan, penyelia jururawat, jururawat, pembantu perubatan dan bidan yang bertugas di dalam sistem penjagaan kesihatan kecuali mereka yang bekerja untuk Industri Susu Formula Bayi.
  13. GAMBAR BEKAS bererti sebarang perlambangan barangan Produk Susu Formula Bayi sama ada melalui gambar foto atau grafik atau bentuk lukisan bentuk garisan.
  14. PENGGALAKAN bererti bentuk promosi jualan secara langsung atau tidak. Ini termasuk jualan murah, bekalan percuma, derma, tawaran, skim penebusan, hadiah percuma berkaitan atau tidak berkaitan dengan pembelian, alatan atau bahan-bahan percuma, hadiah, beg pembawa dengan gambar bekas barangan atau logo barangan, kupon diskaun, pameran istimewa di pusat-pusat jualan dan pemberian-pemberian yang lain.
  15. FORMULA SEDIA-DIMINUM bererti Produk Susu Formula Bayi dalam bentuk cecair di dalam botol pakai-buang, tetrapek atau pembungkusan yang lain.
  16. PUSAT JUALAN bererti mana-mana farmasi, kedai, pasar raya, kedai ubat dan premis-premis lain (pengedar, agen, pengimport).
  17. SAMPEL bererti sebarang Produk Susu Formula Bayi yang diberikan percuma.
  18. FORMULA KHAS bererti Susu Formula Bayi yang di pasarkan untuk bayi yang tidak cukup bulan atau kurang berat lahir atau untuk bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu, alahan kepada karbohirat dan gangguan metabolic yang lain.