|
1 JAWATANKUASA TATA ETIKA PRODUK SUSU
FORMULA BAYI KEBANGSAAN.
- (a) Bidang kuasa:
- (i) Untuk menegakkan keunggulan
susu ibu, sesuai dengan semangat dan objektif Tata Etika.
- (ii) Untuk menyediakan forum untuk
perbincangan tentang isu-isu berhubung dengan Tata Etika tersebut.
Untuk merumuskan polisi mengenai penggalakan, perlindungaan dan
sokongan penyususan susu ibu.
- (b) Ahli-ahli:
- Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan (Kesihatan Awam)
- Setiausaha : Penolong Pengarah
(Pemakanan)
- Ahli-ahli :
- Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan (Perubatan)
- Pengarah Pembangunan Kesihatan
Keluarga
- Pengarah Kawalan Mutu Makanan
- Pakar Perunding Kanan Pediatrik
- Pakar Perunding Kanan Obstetrik
dan Ginekologi
- Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan
Keluarga)
- Penolong Pengarah (Pemakanan)
- Ketua Penyelia Jururawat,
Bahagian Jururawat.
- Ahli-ahli yang dijemput.
- Jawatankuasa Kebangsaan ini adalah
dibantu oleh Jawatankuasa Penapisan Tata Etika Produk Susu Formula Bayi
di Peringkat Kebangsaan.
2 JAWATANKUASA PENAPISAN TATA ETIKA
PRODUK SUSU FORMULA BAYI
- (a) Bidang Kuasa:
- Bertanggungjawab untuk penapisan,
berasaskan etika, semua bahan termasuk pelabelan barangan berhubung
dengan Produk Susu Formula Bayi.
- Bertanggungjawab untuk mengkaji
semula dan meminda Tata Etika Produk Susu Formula Bayi apabila perlu.
- Bertanggungjawab untuk membuat
cadangan dan pindaan berhubung dengan Produk Susu Formula Bayi di
dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Bertanggungjawab untuk mengawas
dan melaksanakan Tata Etika.
- (b) Ahli-Ahli:
- Pengerusi : Pengarah
Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Setiausaha : Penolong
Pengarah (Pemakanan)
- Ahli-Ahli :
- Pakar Perunding Kanan Pediatrik
- Pakar Perunding Kanan Obstetrik
dan Ginekologi
- Pengarah Kawalan Mutu Makanan
- Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan
Keluarga)
- Pakar Obstetrik dan Ginekologi
dari universiti tempatan
- Pakar Pediatrik dari universiti
tempatan
- Penolong Pengarah (Pemakanan)
- Ahli-ahli yang dijemput.
3. JAWATANKUASA DISIPLIN
TATA ETIKA PRODUK SUSU FORMULA BAYI
- (a) Bidang kuasa:
- Untuk menyelaras penyiasatan terhadap
aduan-aduan tertentu mengenai pencabulan Tata Etika.
- Untuk menilai berapa seriusnya
pencabulan Tata Etika.
- Untuk bertindak ke atas keputusan
penyiasatan berhubung dengan dakwaan pencabulan Tata Etika tersebut.
- Untuk mengambil tindakan disiplin
yang sewajarnya setelah menimbangkan semua rayuan (bertulis dan
lisan)
- (c) Ahli-ahli:
- Pengerusi : Pengarah Pembangunan
Kesihatan Keluarga
- Setiausaha : Penolong Pengarah
(Pemakanan)
- Ahli-Ahli :
- Pakar Perunding Kanan Pediatrik
- Pakar Perunding Kanan Obstetrik
dan Ginekologi
- Pengarah Kawalan Mutu Makanan
- Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan
Keluarga)
- Pakar Obstetrik dan Ginekologi
dari universiti tempatan.
- Pakar Pediatrik dari universiti
tempatan.
- Penolong Pengarah (Pemakanan)
- Ahli-ahli yang dijemput.
4. JAWATANKUASA DISIPLIN
TATA ETIKA PRODUK SUSU FORMULA BAYI.
- (a) Bidang Kuasa:
- Untuk menyelaras penyiasatan terhadap
aduan-aduan tertentu mengenai pencabulan Tata Etika.
- Untuk menilai berapa seriusnya
pencabulan Tata Etika.
- Untuk bertindak ke atas keputusan
penyiasatan berhubung dengan dakwaan pencabulan Tata Etika tersebut.
- Untuk mengambil tindakan disiplin
yang sewajarnya setelah menimbang semua rayuan (bertulis dan lisan).
- (b) Ahli-Ahli:
- Pengerusi : Timabalan
- Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan
Awam)
- Setiausaha : Penolong Pengarah
(Pemakanan)
- Ahli-Ahli :
- Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan (Perubatan)
- Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan Keluarga
- Pengarah Pembangunan Kesihatan
Keluarga
- Pakar Perunding Kanan Pediatrik
- Pakar Perunding Kanan Obstetrik
dan Ginekologi
- Ketua Penyelia Jururawat
- Wakil-wakil dari Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- (c) Rayuan: Semua rayuan hendaklah
dikemukakan dalam tempoh sebulan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
yang mana keputusannya adalah muktamat.
- (d) Penalti : Mana-mana satu atau gabungan
penalti berikut akan dikenakan bergantung kepada berapa seriusnya dan
kekerapan pencabulan Etika:
- · Amaran bertulis dengan salinan
kepada syarikat induk Produk Susu Formula Bayi dan Pengerusi Jawatankuasa
Tata Etika Produk Susu Formula Bayi Negeri.
- · Penggantungan penapisan semua
bahan baru untuk satu hingga dua tahun.
- · Pemberirahuan kepada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia dan UNICEF.
- · Pemberitahuan kepada Persatuan
Antarabangsa Pengeluar-Pengeluar Makanan Bayi.
- · Keratan akhbar.
- · Senarai-hitam seperti memulaukan
syarikat berkaitan dari tender-tender untuk masa akan datang bagi
satu tempoh masa tertentu. Bagi pelanggaran oleh doktor perubatan,
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin boleh meminta perakuan mematuhi
Tata Etika secara bertulis dengan salinan kepada Majlis Perubatan
Malaysia Persatuan Perubatan Malaysia.
5 JAWATANKUASA TATA ETIKA PRODUK SUSU
FORMULA BAYI NEGERI
Jawatankuasa ini membantu Jawatankuasa
Tata Etika Produk Susu Formula Bayi Kebangsaan dalam pelaksanaan Etika
ini di peringkat negeri dan daerah.
- (a) Bidang Kuasa:
- Untuk mengawas pelaksanaan Tata
Etika di peringkat negeri dan daerah.
- Untuk menyiasat semua aduan yang
diterima. ·
- Untuk mengemukakan keputusan kepada
Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan sewajarnya.
- Untuk melaksanakan tindakan sewajarnya
yang disyorkan oleh Jawatankuasa Disiplin.
- Untuk bermesyuarat sekurang-kurangnya
enam bulan sekali atau bila perlu.
|