Mengenai PPPLM
Penyusuan Susu Ibu
Persoalan Penyusuan
Pengalaman Pembaca
Panduan Untuk Pakar Perubatan
Maklumat Penyelidikan

Ke Laman Utama

 
 

Sambil Malaysia melangkah maju ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan perindustrian menjelang 2020, komitmennya kepada pembangunan sumber manusia akan tetap menjadi teraju utamanya. Dalam rangka usaha ini, Malaysia telah membuat ketetapan bahawa keutamaan yang wajar akan diberikan untuk pembangunan rakyat miskin, mereka yang kurang bernasib baik dan kumpulan yang mudah terancam termasuk wanita, bayi dan kanak-kanak. Dalam perkara ini, bayi dan kanak-kanak yang merangkumi lebih dari satu pertiga penduduk negara ini, akan terus menjadi tumpuan kerajaan dalam bentuk penyediaan penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan asas yang lain bagi membolehkan mereka mancapai potensi pembesaran dan pembangunan yang optimum.

Sementara jangka hidup dan kesihatan bayi adalah bergantung pada factor-faktor semasa mengandung, terutamanya taraf kesihatan dan pemakanan ibu mengandung, penjagaan dan pemakanan bayi baru lahir memainkan peranan penting dalam memastikan ia terus hidup dan berkembang. Dengan menggalakkan satu budaya dan masyarakat penyayang sudah tersirat bahawa semua rakyat Malaysia mahu menggalakkan amalan-amalan dan tabiat yang menunjukkan kita WARGA MALAYSIA PENYAYANG. Tidak ada cara yang lebih baik untuk menunjukkan budaya penyayang ini selain dari memulakannya dengan meletakkan bayi ke payu dara ibu sebaik ia dilahirkan. Amalan semula jadi ini bukan sahaja menunjukkan bahawa ibu itu penyayang, tetapi membinakan juga asas yang kukuh untuk kehidupan dan perkembangan yang kukuh untuk kehidupan dan perkembangan kanak-kanak.

SUSU IBU ADALAH MAKANAN DAN PEMAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI dan melindungi bayi dari penyakit seperti cirit-birit dan jangkitan pernafasan yang boleh menjejas kesihatan dan pembesaran bayi dan kanak-kanak. Di samping itu penyusuan susu ibu merupakan satu amalan kasih sayang, menggalakkan ikatan dan memupuk perhubungan ibu-anak yang mesra yang mana amatlah penting untuk perkembangan social, emosi dan psikologi anak. Melalui penyusuan susu ibu jugalah perhubungan keluarga itu berterusan menjadi bertambah erat dengan sokongan dari suami dan anggota keluarga. Dengan cara ini, penjagaan anak akan menjadi tanggungjawab yang di kongsi bersama oleh setiap anggota keluarga dan dengan itu mewujudkan keluarga yang gembira dan harmoni serta satu persekitaran yang baik untuk anak itu membesar dan menerima kasih sayang dan perlindungan yang sama rata.

Penyusuan susu ibu merupakan satu cara semulajadi menyusukan bayi dan amalan ini mengatasi semua batasan agama, social dan budaya. Amalan ini dianggap mulia di dalan Islam dan sesuatu yang di anugerah kepada wanita untuk kebaikan kesihatan ibu dan anak.

Dengan semangat menggalakkan sebuah keluarga yang bahagia dan penyayang, di samping Malaysia melangkah ke arah Wawasan 2020 inilah, maka Tata Etika Produk Susu Formula Bayi (1995) ini dikemukakan untuk di gunakan dan dilaksanakan oleh SEMUA untuk menunjukkan bahawa kita WARGA MALAYSIA adalah bertanggungjawab terhadap perlindungan, penggalakkan dan sokongan penyusuan susu ibu demi untuk kesihatan dan kebajikan anak anda.