|
|
|
|
.Susu ibu selalu digunakan sebagai penunjuk kadar pencemaran alam sekitar kepada manusia. Alasannya, kerana pencemaran dalam lemak susu ibu mudah diukur, bukan kerana susu ibu lebih tercemar berbanding bahagian tubuh yang lain. Ulasan kajian yang dikeluarkan pada tahun lepas menunjukkan kesan dioksin ada kaitan dengan transplancental, berbanding susu ibu. Rumusannya, penyusuan susu ibu wajar diterus, digalak dan disokong. Keputusan itu juga menggerakkan beberapa negara lain untuk terus menggalak penyusuan susu ibu dengan menyebarkan bukti kebaikannya kepada tumbesaran bayi. International Baby Food Action Network (IBFAN) setuju dengan cadangan itu dan mencadangkan perdebatan mengenai dioksin dan bahan pencemaran lain tidak sewajarnya mempengaruhi keputusan ibu untuk memberi penyusuan susu ibu.
IBFAN juga menggesa kerajaan dan industri menerimapakai dasar pelindung alam sekitar dalam proses pengeluaran dan pembuangan bahan terbuang, menggalakan kesedaran mengenai bahaya ekologi dan mewujudkan garis panduan yang boleh menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran yang membahayakan demi menjaga kesihatan kanak-kanak pada hari ini dan generasi akan datang. Penyusuan susu ibu, mengapa Kes 2 Keputusan untuk memberi penyusuan susu ibu lazimnya dipengaruhi oleh faktor sosio-budaya berbanding kesihatan. Bagi mengenalpasti faktor budaya ini, pengkaji di Great Britain membuat analisa kandungan 235 bahan dari TV dan 38 surat khabar yang dikeluarkan dalam tempoh sebulan masa yang sama. Pada Mac, 1999, 13 akhbar utama membuat liputan mengenai politik dan dalam masa yang sama program TV menayang program berkaitan keibubapaan, kesihatan, soap opera, berita dan siri drama perubatan. Keputusannya menunjukkan TV jarang menayang rancangan mengenai penyusuan susu ibu. Hanya ada satu adegan menunjukkan bayi sedang didakap oleh ibunya seperti sedang menyusu. Bagaimanapun ada 171 adegan yang menunjukkan penyediaan susu botol. Pengkaji juga mendapati penyusuan susu ibu kerap dipaparkan dalam program yang jalan ceritanya beekaitan isu sosial dan diselang seli dengan jenaka. Ini berbanding dengan penyediaan susu botol yang disiarkan dalam hampir semua rancangan dan kerap pula menunjukkan kaum lelaki turut menyediakannya. Rujukan mengenai penyusuan susu ibu juga kerap memaparkan masalah, sedangkan masalah penyusuan botol adalah amat jarang sekali. Tidak ada rujukan mengenai faedah penyusuan susu ibu. Corak yang sama didapati dalam akhbar. Penyusuan susu ibu dikaitkan dengan keluarga kelas menengah atau selebriti, manakala penyusuan susu botol dikaitkan dengan keluarga 'biasa'. Pengkaji membuat rumusan bahawa media British tidak menunjukkan imej penyusuan susu ibu yang positif walaupun ia adalah kaedah penyusuan yang terbaik untuk bayi. Kes 3 Memandangkan penyusuan susu ibu memberi kesan baik kepada ibu dan bayi, kerajaan meletakkan sasaran mengenai kadar dan amalan penyusuan susu ibu. Tetapi di New Zealand, sasaran itu tidak penah dicapai. Justeru itu, pengkaji di sana membuat satu kajian mengenai tempoh penyusuan ssu ibu. 350 ibu dan bayi digunakan sebagai responden. Di dapati 97.4 peratus daripada ibu menyusu anak kira-kira 7.6 bulan. 30 peratus masih memberi susu ibu sehingga 1 tahun. Alasan paling kerap diberikan apabila berhenti menyusu bayi ialah tidak cukup susu. Kebanyakan ibu pula berhenti memberi susu ibu selepas enam bulan kerana berpendapat tempoh itu sudah cukup lama. Ibu muda dan terpaksa balik bekerja juga dikaitkan dengan masalah gagal memberi susu ibu. Selain itu penggunaan botol sama ada diisi dengan susu formula atau susu ibu juga di dapati memberi kesan berlipat ganda mengenai pemberhentian pemberian susu ibu. Manakala, bayi yang tidur sebilik dengan ibunya didapati menyusu susu ibu lebih lama. |
|
|
|