|
Terdapat
banyak kajian yang telah dijalankan untuk mendapatkan
gambaran yang sebenarnya tentang kebaikan susu ibu dan
penyusuan awal bayi. Kajian-kajian yang dibuat semakin
banyak membuktikan kedudukan penyusuan susu ibu yang penting
dalam tumbesaran kanak-kanak terutamanya yang lahir tidak
cukup bulan. Kebanyakan kajian membuat perbandingan di
antara susu formula dan susu ibu untuk mengetahui sejauh
mana penyusuan susu ibu itu jauh lebih penting dari susu
formula. Ruangan ini memaparkan maklumat ringkas mengenai
kajian-kajian yang telah dilaksanakan serta kesimpulan
yang diambil dari kajian-kajian tersebut.
|