| |
PENDAHULUAN
Pada Oktober 1974, PPPIM iaitu Persatuan Penasihat Penyusuan
Ibu Malaysia telah ditubuhkan. PPPIM telah berusaha penuh
dalam menempuh pelbagai perubahan besar dalam usaha untuk
mencapai objektifnya. Selaras dengan objektifnya untuk
membimbing wanita menyusu, PPPIM memberi penekanan kepada
usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan. Kini, PPPIM telahpun
dibubarkan dan diganti dengan PPPLM yang membawa tugasan
yang lebih mencabar berdasarkan prinsip-prinsip persatuan
yang sama. PPPLM telah berjaya memainkan peranannya dengan
aktif dalam menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat
khususnya kelompok masyarakat yang bergelar "ibu". Namun
demikian, masih banyak bidang yang perlu diterokai dan
perkhidmatan yang perlu dipertingkatkan mutunya. PPPLM
ditubuhkan dengan bermotif memberi galakan dan dorongan
kepada ibu-ibu untuk menyusu bayi mereka sendiri. Diperingkat
awal, kegiatan hanya tertumpu kepada masyarakat bandar
dan dikhususkan kepada ahli-ahli persatuan sahaja. Kini,
usaha-usaha PPPLM telah meluas ke seluruh negara dengan
bantuan ahli-ahlinya yang bersungguh-sungguh ke arah mencapai
matlamat.
VISI
Sebagai sebuah badan penguatkuasa yang diiktiraf dalam
soal penyebaran maklumat, pengurusan dan perkhidmatan
sokongan penyusuan susu ibu.
OBJEKTIF
Untuk membimbing wanita di negara ini menyusu anak-anak
dengan berjaya.
MATLAMAT
- 1. Meningkatkan jumlah
ahli persatuan
- 2. Membina proses
dan struktur yang dinamik, terancang dan berdaya maju.
- 3. Meningkatkan profil
dan imej PPPLM serta penysuan susu ibu dikalangan semua
lapisan masyarakat
- 4. Memberi laluan
kepada waniata untuk mendapatkan maklumat serta sokongan
berkaitan penyusuan susu ibu
- 5. Menyediakan perkhidmatan
berkualiti kepada ahli
DASAR PPPLM
- 1. Kami ialah sekumpulan
ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak kami, maka
kami ingin membantu ibu-ibu lain agar berjaya seperti
kami.
- 2. Kami amat yakin
bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.
- 3. Dari pengalaman
kami, kami tahu penyusuan susu ibu adalah cara terbaik
untuk menjalin kasih sayang antara ibu dan anak.
- 4. Bagi bayi yang sihat,
susu ibu adalah satu-satunya makanan yan diperlukan
olehnya sehingga makanan pejal diperkenalkan selepas
usia 6 bulan.
- 5. Kami menggalakkan
penyusuan sehingga bayi besar dan tidak memerlukannya
lagi.
- 6. Semua nasihat yang
kami berikan adalah berdasarkan dari pengalaman dan
disokong oleh penasihat perubatan kami.
- 7. Kami sedar bahawa
setiap ibu dan anak adalah istimewa dan unik. Oleh itu
segala nasihat yang diberi adalah situasi ibu dan anak.
- 8. Keputusan samada
untuk menyusu atau tidak merasa bersalah jika keputusan
yang dibuat olehnya samada untuk menyusu atau tidak
adalah hak peribadi ibu, maka kami memastikan agar ibu
tidak bersalah jika keputusan yang dibuat olehnya tidak
sama dengan kami.
- 9. Kami memberikan
galakan pada ibu yang memerlukannya untuk berjaya. Kami
tidak memaksa ibu untuk melakukannya.
- 10. Kami menyediakan
informasi kepada mereka yang ingin tahu tentang penyusuan
susu ibu dan kebaikannya.
- 11. Kami tidak memberi
nasihat perubatan atau menyebut nama hospital dan doktor.
- 12. Keluarga kami sentiasa
diutamakan dari aktiviti dan tugas PPPLM.
- 13. Individu yang tidak
bersetuju dengan PPPLM boleh bertindak asalkan tidak
menggunakan nama PPPLM.
- 14. Oleh kerana jkami
bhanya berminat untuk menggalakan penyusuan susu ibu
dan amalan keibuan, kami tidak membernarkan isu-isu
atau topik-topik selainnya dibincangkan di perjumpaan
PPPLM antaranya ialah :
- a. Perniagaan -
Jualan lansung atau tidak lansung
- b. Politik
- c. Perkauman
- d. Keagamaan
- e. Periklanan
STRUKTUR ORGANISASI
Organisasi PPPLM terbahagi kepada beberap unit yang berfungi
untuk menggerakkan persatuan kearah pencapaian objektifnya.
- Unit pentadbiran -
berfungsi untuk mengandalikan tugas pentadbiran persatuan.
- Unit Latihan - memperkenalkan
program pakar runding penyusuan susu ibu atau breast
feading consultation services (BFC)
- Unit kaunseling - menawarkan
khidmat kaunseling kepada ibu secara sistem talian hotline
susu ibu, lawatan ke hospital serta klinik ibu dan anak,
edaran risalah dan menjawab surat-surat dari ahli dan
orang awam serta mengadakan sesi kaunseling penyusuan
susu ibu di institut pedriatrik.
- Unit perhubungan Awam
- menyebarkan publisiti maksimum mengenai semua program
PPPLM.
- Unit penerbitan - menerbitkan
buku, buku poket, poster dan risalah dalam usaha menyebarkan
maklumat kpada orang ramai khususnya wanita, ahli keluarga
mereka dan para profesional dalam bidang kesihatan.
- Unit Teknologi Maklumat
- memperkenalkan laman web yang mengandungi maklumat
mengenai PPPLM khususnya penyusuan susu ibu dan mengendalikan
sistem maklumat pentadbiran persatuan.
- Unit Pengambilan dan
Kemasukan Ahli - menyediakan bahan latihan untuk program
latihan, kaunselor penyusuan ibu PPPLM dan memastikan
kualiti dan keberkesanan program latihan yang diberikan.
Sebagai sebuah organisasi
sukarela yang tidak bermotifkan keuntungan, PPPLM terus
berusaha ke arah pencapaian objektifnya iaitu membantu
para ibu di negara ini menyusu anak masing-masing dengan
berjaya. Kebanyakan wanita berhenti menyusu lebih awal
iaitu beberapa minggu selepas keluar dari hospital bersalin.
PPPLM tidak mahu perkara ini berterusan di kalangan para
ibu. 07 2862
PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org
|
|