| |
Carta ini disusun untuk membantu
mereka yang profesional di dalam bidang kesihatan untuk
membantu keluarga yang menyusukan anak dengan susu ibu.
Ia menyediakan langkah awal untuk mengenalpasti dan mengurus
beberapa masalah harian berkaitan penyusuan susu ibu.
BAYI YANG
SUKA MENANGIS
Menangis boleh mengecewakan hubungan di antara ibu dan
anak serta menimbulkan tekanan di dalam keluarga. Menangis
adalah cara bayi memberitahu sesuatu. Sesetengah bayi
menangis tanpa sebab tetapi tangisan yang berpanjangan
memerlukan lebih perhatian. Ibu kepada bayi yang suka
menangis kerap hilang keyakinan diri untuk menyusukan
anak. Simptom · Menangis - Sama ada tanpa sebab atau punca
yang jelas. · Tidak selesa · Kesukaran Penyusuan - penyusuan
yang kerap atau enggan menyusu. · Kurang berat badan serta
sikap bayi yang tidak ceria. Punca · lapar - jarang menyusu,
hisapan kurang efektif, penyusuan terlalu singkat, selera
bertambah · berpisah - tidak cukup hubungan kemesraan
antara ibu dan anak. · lebih rangsangan - terlalu ramai
orang yang menjaga bayi, terlalu bising, terlalu banyak
pancaran cahaya lampu. · tidak sihat atau sakit - sakit
telinga, tumbuh gigi, gastro-oesophageal reflux, kesan
suntikan. · alahan, dermatitis · kembong - tidak memahami
sepenuhnya, mungkin ada kaitan dengan usus perut, atau
untuk jangka masa yang lama, bermula secara spontan, tidak
selesa, tidak ada kaitan dengan cara pemakanan, berhenti
secara spontan selepas berusia tiga bulan. · pemakanan
ibu - alergen susu ibu terutama yang menyerap daripada
protein susu lembu. · Ubat-ubatan ibu - ubat yang diberi
oleh doktor atau membeli dari farmasi dan ubat-ubatan
lain yang diambil oleh ibu. · tembakau, kafein Pengurusan
Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar
belakang · Tanya perasaan ibu mengenai penyusuan dan tangisan
bayi (rasa bersalah, marah dan tidak berupaya), keluarga
dan reaksi bayi seumur kepada tangisan bayi . · Cara pemakanan,
tangisan · Gaya hidup, pemakanan, perubatan dan ubatan,
najis penambahan berat badan Rawatan yang berkaitan ·
Periksa bayi untuk melihat tanda sakit. · Perbetulkan
posisi dan cara dakapan · Awasi pemakanan ibu untuk menilai
makanan yang menjadi punca tanpa menjejaskan khasiatnya.
Cadangan yang praktikal · makanan tambahan tidak perlu
atau membantu · biar bayi menyusu payu dara pertama untuk
mendapatkan susu akhir yang mengandungi lemak dan juga
mengenyangkan, barulah beri payu dara sebelah lagi. ·
Menghisap yang lebih selesa untuk menenangkan bayi jika
bukan masalah lebih bekalan. · Sentuhan urut perut bayi
secara lembut, posisi menegak bagi bayi yang perut kembong.
· Periksa sama ada bayi selesa - pakaian tidak terlalu
ketat, tidak terlalu panas/sejuk · Mengurangkan mulas
perut, memegang dengan tekanan yang lembut di atas perut
bayi. · Pergerakan cahaya lampu dan muzik yang lembut
untuk membantu menenangkan bayi. · Kurangkan rangsangan
kepada bayi tetapi rapatkan dia dengan ibu bapanya. ·
Berhati-hati memberi ubat-ubatan mulas perut kepada bayi
· Berhenti/mengurangkan merokok, elak merokok dekat bayi
Beri keyakinan dan sokongan Memberi jaminan kepada ibu
bahawa anaknya sedang membesar dengan baik. Beritahu dia
ramai bayi yang melalui tempoh tidak stabil, beritahu
ibu itu bahawa anaknya bukan "nakal". Bantu dia memahami
tabiat bayi dan beri keyakinan kepadanya bahawa dia boleh
menyusu dengan berjaya. Cadangkan kepadanya supaya berbincang
dengan ibu-ibu lain atau dapatkan nasihat daripada kaunselor
penyusuan susu ibu.
BENGKAK
SUSU
Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusu
sendiri bayi sejak lahir. Bengkak susu boleh dielak dan
senang diurus. Simpton · payu dara - nampak berkilat,
sakit, tegang dan keras, rasa agak panas bila dipegang.
· Puting - leper, bengkak atau merekah. · Bayi - sukar
menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu
yang tidak lancar. · Susu tidak keluar · Let-down mungkin
rasa sakit · Ibu mungkin demam Punca Faktor penyusuan
· jarang menyusu · mengehadkan masa menyusu atau penyusuan
yang terlalu singkat · tidak menyusu waktu malam · tidak
rapat dengan ibu/bayi · hisapan kurang efektif · bercerai
susu · beri anak minuman lain pada awal kelahirannya Faktor
hubungan - ibu · tekanan · psikologi - muda, tidak mendapat
sokongan, takut, letih, enggan menyusu ditolak oleh bayi.
· rutin hospital - memisah ibu dan anak, lewat dan mengehadkan
penyusuan ibu, pemberian susu formula (prelacteal feeds).
· Masalah pengeluaran oksitoksin Hubungan - bayi · sukar
menyusu kerana tidak normal, masalah cara hisapan. · Sakit
· Tidak cukup bulan · Guna botol susu atau puting kosong
Pengurusan Perkara yang perlu diberi perhatian ketika
mencatat latar belakang · Tanya perasaan ibu mengenai
penyusuan susu ibu (sakit, geli, letih) · Kekerapan menyusu,
malam dan siang · Tempoh menyusu · Mengambil makanan tambahan
· Guna botol atau puting plastik kosong · Bercerai susu
(balik kerja semula, berpisah dan masuk hospital) Penilaian
Penyusuan Ibu · posisi dan hubungan ibu dan anak · hisapan
yang efektif - ritma hisapan, penambahan berat badan,
kekerapan kencing dan buang air besar · bercerai susu
ibu - tanda let-down reflex · perubahan pada payu dara
dan puting - berkilat, merah, ketegangan payu dara, puting
yang sakit. · tanda sakit, lemah, tidak bermaya dan masalah
anatomi mulut. Rawatan yang relevan · perbetulkan posisi
dan kemesraan dakapan · galak penyusuan yang lebih kerap
dan tanpa had malam dan siang (sekurang-kurangnya 8 -
12 kali termasuk dua kali di sebelah malam ) dan memerah
susu ibu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari
dan sekali pada waktu malam · galak ibu mengejutkan bayi
yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga
jam sekali · guna analgesik bagi jangka masa yang singkat
jika ibu berasa sakit · ubati puting yang bengkak dan
merekah (lihat sakit puting dan bengkak susu) Pengurusan
yang terbaik ialah mencegah Cadangan Yang Praktikal ·
rangsangan pengeluaran oksitoksin dan let-down, demah
payu dara sebelum menyusu dan urut payu dara dan puting
perlahan-lahan. · Cadangkan kepada ibu berkenaan supaya
meminta suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkoknya
sebelum menyusu. · Cadangkan teknik releks yang sesuai
untuk si ibu. · Perah susu secukupnya sebelum menyusukan
bayi bagi melembutkan areola dan bayi dapat didakap lebih
rapat. · Mulakan menyusu sebaik saja rasa payu dara penuh.
· Biarkan bayi habis menyusu di payu dara pertama sebelum
tukar kepada payu dara kedua · Demah dengan air sejuk
selepas menyusu untuk keselesaan mengurangkan masalah
vaskular bengkak dan kembang. · Perah sedikit susu ibu
di antara waktu menyusu untuk keselesaan · Jika berlaku
bengkak susu, si ibu perlu lebih bantuan untuk perbetul
posisi menyusu dan pengaliran susu. Bengkak susu yang
tidak dirawat boleh menyebabkan masalah penyusuan, laktasi
menekan dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain
seperti saluran susu tersumbat, mastitis dan breast abscess.
SALURAN
SUSU TERSUMBAT
Banyak factor masalah susu tersumbat boleh dielak. Simpton
· Payu dara sihat cuma rasa berketul di bahagian tertentu.
· Rasa sakit di bahagian berkenaan. · Nampak kemerahan
· Tidak demam, mungkin selsema - seperti simpton di peringkat
awal Punca Sama dengan masalah bengkak susu dan :- · Trauma/tekanan
luaran - bra yang ketat, kerap tidur, tekan dengan jari
semasa menyusukan anak. · Lebih bekalan susu · Bintik
putih di atas puting/susu di bawah kulit ( milk blisters)
Pengurusan Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat
latar belakang · tanya bagaimana perasaan ibu ketika menyusu
· kekerapan dan tempoh menyusu · sakit puting · situasi
dalam keluarga - tekanan, letih, sokongan emosi · pemakanan
si ibu dan kesihatannya. Penilaian penyusuan · posisi
dan dakapan · tekanan daripada pemakaian, jari ketika
menyusu yang boleh meransang pengaliran susu · bintik
putih di atas puting atau perkara tidak normal yang lain
Rawatan relevan · meningkatkan posisi dan dakapan untuk
memastikan pengaliran susu yang lebih efektif dan pengaliran
susu ibu. · Menggelakan tekanan · Bintik putih di atas
puting mungkin perlu dibuang, jika tidak selesaikan secara
spontan dengan hisapan bayi. Cadangan Yang Praktikal Sama
seperti bengkak susu, begitu juga cara ini. · urut perlahan-lahan
di sekeliling payu dara hingga ke puting sebelum dan semasa
penyusuan atau memerah. · Jika perlu sokong payu dara
dengan telapak tangan. · Elak - tidur meniarap baju dalam
ketat, tali penyokong mendukong bayi yang menekan payu
dara dan putting yang kena payu dara, menekan puting,
tekanan jari keatas payu dara. · Rehat bersama bayi di
atas katil dan kerap memberi bayi menyusu - setiap 2 hingga
2 ½ jam sekurang-kurangnya, makan dengan sempurna, minum
air secukupnya.
MASTITIS
Mastitis perlu diberi
perhatian kepada wanita yang sedang menyusu. Simptonnya
adalah seperti deman selsema. Simptom · bahagian payu
dara akan berasa hangat, merah dan bengkak · sakit · rasa
tidak sihat · demam Punca Sama seperti bengkak susu dan
saluran susu tersumbat. Mastitis tidak berjangkit · berlaku
berikutan susu keluar daripada saluran tisu atau daripada
alveoli, biasanya berlaku kerana bengkak susu yang tidak
dirawat dan saluran susu tersumbat Mastitis berjangkit
· pengaliran susu yang tidak sempurna · trauma payu dara
dan puting membenarkan kemasukan bakteria · tekanan dan
sistem imun yang lemah Pengurusan Perkara yang perlu diberi
perhatian ketika mencatat latar belakang Sama seperti
bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Rawatan relevan
· Periksa payu dara untuk melihat simpton tisu rosak,
puting merekah · Perbetul pengaliran susu - baiki posisi
dan dakapan, kerap menyusu - setiap 2 hingga 2.5 jam sekurang-kurangnya.
· Ubat segera jika berlaku apa-apa infeksi · Ubat antiflammatory
atau analgesik jika perlu · Makan pemakanan berkahsiat
dan banyak minum air · Berehat sekurang-kurangnya 24 jam.
Jika simpton semakin jelas, berlaku pula rekahan, kerap
demam dan pergaliran susu yang kurang sempurna, rawat
ia dengan antibiotik. Rawatan antibiotik hanya untuk mastitis
yang sah berjangkit. Jika bimbang mengenai perkara ini,
dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari. Mungkin
resistant - penicillinase. Hanya antibiotik yang sesuai
untuk wanita laktasi boleh diguna. Organisma yang selalu
terbabit ialah Staphylococcus aureus. Nasihat si ibu mengenai
kesan sampingan yang mungkin dialami si ibu (candida)
dan bayi (diarea). Apabila jangkitan bakteria tidak ada
pengaliran yang mencukupi, boleh mengakibatkan terkumpulnya
nanah dan berlaku rekahan puting. Masalah yang jarang
dialami ini akan memerlukan sama ada pembedahan untuk
memperbetulkan pengaliran susu atau needle aspiration
dan terapi antibiotik. Cadangan untuk memberi keyakinan
dan sokongan Pastikan si ibu bahawa dia boleh menyusu
walaupun sedang mengalami masalah payu dara. Terangkan
kepadanya kenapa perkara itu berlaku dan bagaimana cara
untuk mengelak daripada masalah yang sama berulang. Beri
sokongan emosi dan minta dia buat pemeriksaan lanjut atau
nasihat dia bertemu kaunselor untuk membantu.
TIDAK
CUKUP SUSU
Salah satu sebab yang kerap diberi kerana berhenti menyusu
ialah "tidak cukup" susu. Si ibu membuat tanggapan bahawa
bekalan susunya tidak cukup. Sama ada tanggapan ini betul
atau tidak, bekalan susu yang kurang boleh dirawat. Simptom
Tanggapan · ibu memberitahu bahawa bayinya kerap menangis,
masih tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/lama,
enggan menghisap payu dara yang 'kosong", mengantuk dan
tidak berminat untuk menyusu, peningkatan berat badan
yang lemah. · Ibu juga memberitahu payu daranya tidak
berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada
susu. Boleh dipercayai · peningkatan berat badan kurang
daripada 500g sebulan · berat badan bayi kurang daripada
waktu lahirnya kira-kira dua minggu (kecuali yang lahir
dengan berat badan yang tinggi) · air kencing bayi sedikit,
warna kuning, berbau dan kurang daripada 6 kali sehari
· najis sedikit, keras, kering, bewarna hijau. · Kulit
bayi berkedut, wajah pula 'bimbang" · Bayi keletihan,
mengantuk dan menangis lemah. Punca Faktor Penyusuan ·
dakapan yang lemah menyebabkan hisapan kurang efektif
dan pengaliran susu menjadi kurang. · Masa penyusuan terlalu
singkat, tidak mempunyai susu akhir. · Jarang menyusu,
kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam · Tidak menyusu
di waktu malam · Tidak ada makanan tambahan · Guna botol,
puting plastik · Pengambilan alkohol, tembakau, kafein
oleh ibu. Faktor Bayi · sakit · tidak cukup bulan, bayi
lemah untuk menghisap secara efektif · pertumbuhan diri
(biasanya sekitar 6 minggu, 3 dan 6 bulan apabila selera
bertambah) · tidak normal - bibir sumbing, "tongue-tie"
· otot lemah Faktor psikologi · kurang keyakinan diri
- ibu muda, tidak berpengalaman, pernah mengalami kegagalan
untuk menyusu, bimbang bentuk payu dara berubah, tekanan
keluarga atau rakan sebaya. · Tidak suka menyusu bayi,
bayi enggan menyusu - tidak mendakap bayi dengan rapat,
sejarah hidup pernah mengalami penganiayaai seksual. ·
Letih yang teramat sangat · Sedih Faktor yang jarang berlaku
· ubat perancang, diuretics · hamil · pernah menjalani
pembedahan payu dara · uri masih melekat · fungsi tiroid
yang tidak normal · tisu glandular atau payu dara yang
lemah Pengurusan Perkara yang perlu diambil kira ketika
mencatat latar belakang · Tanya si ibu mengenai perasaannya
mengenai penyusuan, bekalan susu dan bayinya. Nilai situasi
keluarga dan sokongan. · Kekerapan dan tempoh menyusu
· Kencing bayi, najis bayi, peningkatan berat badan dan
perubahan sikap · Pemberian makanan tambahan, botol susu,
pelapik puting · Sakit, bayi tidak normal · Sakit, penggunaan
ubat-ubatan, pengambilan ubat-ubatan, pemakanan berkhasiat,
status emosi ibu. · Pernah menjalani pembedahan payu dara,
melecur, tidak normal (payu dara terlalu kecil, puting
termasuk ke dalam, . Payu dara kecil terbahagi kepada
normal dan tidak normal) Penilaian Penyusuan · posisi
dan dakapan · keberkesanan reflek "let-down" - berat payu
dara, bayi menelan, tetesan susu · kemesraaan atau keengganan
tanda tekanan kepada ibu-bayi. Rawatan Relevan · perbetulkan
posisi dan dakapan · ubahsuai ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi
susu. · Bercakap dengan ibu setiap hari kemudian mingguan
sehingga bayi meningkat berat badan dan keyakinan ibu.
· Rujuk ibu kepada pakar perunding laktasi jika perlu
bantuan pakar. Cadangan Yang Praktikal · penyusuan susu
ibu yang lebih kerap - sekurang-kurangnya 10 kali dalam
tempoh 24 jam. · Tidur berdekatan bayi dan susui dia setiap
malam apalabila tahap prolactin tinggi. · Kurangkan makanan
tambahan dengan perahan susu ibu. · Perah susu ibu selepas
setiap kali penyusuan untuk jangka masa pendek sehingga
bekalan susu meningkat. · Elak penggunaan botol, guna
cawan untuk memberi bayi perahan susu ibu. · Berehat dan
relaks semasa menyusukan bayi. Beri keyakinan dan sokongan
Terima kata-kata ibu mengenai bekalan susunya dengan terbuka.
Tanamkan keyakinan kepadanya supaya dia boleh menyusu
dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan
bayi. Paling penting, pastikan si ibu faham mengenai bekalan
- permintaan. Rujuk dia kepada kaunselor untuk sokongan
berterusan. .
PUTING
BENGKAK DAN SAKIT
Jika payu dara atau puting si ibu mengalami rasa sakit
atau tidak selesa, pengurusan penyusuan mesti dinilai
semula. Penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Simptom
· tidak selesa (gatal, rasa panas) · sakit · merekah ·
ruam (dermatitis, herpes) · kemerahan · kulit berkeping,
kulit berkilat · sakit selepas menyusu Punca · dakapan
dan posisi kedudukan yang tidak betul · bengkak susu (lambat,
jarang menyusu) · candida (ibu dan/atau bayi) · salah
hisapan · bayi keliru antara hisapan puting susu botol
dan penyusuan ibu, jika makanan tambahan diberi. · Salah
guna pam memerah susu, salah teknik memerah susu. · Salah
cara ketika mengalih bayi selepas menyusu · Penutup puting,
pelapit baju dalam/pakaian basah, baju dalam nylon. ·
Dermatitis (basuh dengan sabun/alkohol, krim puting) ·
Vasospasm (sejuk, tekanan emosi) · Tidak bercakap · Atopik
ekzema Pengurusan Perkara yang perlu diambil kira ketika
mencatat latar belakang · Minta si ibu menerangkan keadaan
payu dara dan putingnya sewaktu menyusukan anak. Tanya
bila rasa sakit, (permulaan, semasa atau selepas penyusuan)
· Jangka masa puting bengkak, rasa sakit puting. · Corak
penyusuan bayi dan sikapnya. · Pengunaan botol atau alat
gantian lain, sama ada cecair atau makanan lain diberi,
guna pelapik putting (nipple shield). Penilaian Penyusuan
· posisi dan dakapan · kedudukan ibu semasa menyusu -
adakah kedudukannya menyebabkan puting tertarik daripada
mulut bayi? · payu dara - puting merekah, bengkak susu.
Dermatitis, candida · mulut bayi - tanda candida atau
tongue-tie Rawatan Relevan · meningkatkan kemesraan di
antara ibu dan bayi · mengurangkan bengkak susu di sekeliling
puting dan areola. Jika perlu perah dengan jari secara
lembut. · Jika berlaku simpton walaupun posisi menyusukan
anak dan kemesraan dakapan di antara ibu dan anak baik,
cuba ambilkira rawatan untuk candida kepada ibu dan anak
· Jika sakit semakin terasa, cadangkan ubat seperti paracetamol
· Jika rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan
tangan dan beri kepada bayi selama 1 hingga 2 hari · Rujuk
kepada pakar laktasi jika bimbang ada masalah hisapan
· Rawat puting jika berlaku dermatitis. Cadangan Yang
Praktikal · sebelum menyusukan bayi, demah payu dara untuk
merangsang pengaliran susu. · Jika berlaku bengkak susu,
perah susu secara lembut supaya areola dan puting juga
menjadi lembut dan mudah dihisap bayi. · Duduk dengan
selesa dan releks · Dakap bayi dengan betul pada dada
· Mulakan penyusuan di sebelah payu dara yang kurang sakit
· Susui bayi secara lebih kerap, mengikut keperluan bayi,
elak perbuatan mengehadkan penyusuan. · Jika ibu perlu
berhenti ketika sedang menyusu, perlahan-lahan mengeluarkan
puting daripada mulut bayi dengan cara meletakkan jari
kelingking di antara gusi bayi. · Selepas menyusu, perah
sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting.
Biarkan kering. · Elak guna sabun dan alkohol pada puting.
· Elak sapu minyak angin atau sebarang minyak di atas
puting kecuali yang dibenarkan. (Minyak asli Montgomery
glands cukup untuk mengekalkan keanjalan puting. Susu
ibu mempunyai kandungan anti-jangkitan). · Kerap tukar
pelapik payu dara. Jangan guna pelapik yang dibuat daripada
plastik. · Pakai baju dalam kain kapas (baju dalam nylon
tidak menyerap kelembapan dan boleh menyebabkan pertumbuhan
bakteria) · Jika perlu, guna pelindung puting (nipple
shield) untuk mengelak puting yang bengkak daripada terkena
pakaian. Cadangan untuk memberi keyakinan dan sokongan
· Beri ibu jaminan bahawa puting yang bengkak adalah sementara
saja. Tidak lama lagi dia boleh menyusu semula anaknya
dengan lebih selesa. Terangkan posisi penyusuan. Beritahu
si ibu juga bahawa posisi yang baik boleh mengubati dan
mengelak puting daripada bengkak dan masalah lain. Cadangkan
kepada ibu untuk mendapat maklumat dan sokongan daripada
kaunselor penyusuan susu ibu.
|