|
|
Skedul
Penyusuan
- Bagi minggu-minggu pertama,
anda mungkin perlu mengejutkan bayi dari tidur untuk diberi susu.
Kejutkan bayi setiap 2 jam pada waktu siang. Bayi akan dapat menyesuaikan
dirinya dengan siang dan malam.
- Biarkan bayi menyusu selama mana
boleh. Jika masa penyusuan terlalu singkat, bayi mungkin menjadi
lapar kerana tidak mendapat susu yang cukup.
- Bayi yang diberi susu ibu tidak
memerlukan botol susu. Memberi bayi menghisap dari botol susu
boleh mengurangkan bekalan susu dan juga menjadikan bayi keliru.
|
Adakah susu
ibu sahaja mencukupi?
YA! Anda mempunyai bekalan susu yang mencukupi
apabila:
- Anda menyusukan bayi anda 8-12 kali
dalm 24 jam.
- Bayi mempunyai sekurang-kurangnya 6
lampin basah dan 2 lampin kotor dalam masa 24 jam. Najis bayi yang menyusu
dengan susu ibu berwarna kekuningan dan lembut/cair.
- Kenaikan berat badan bayi anda ialah
120-200gm seminggu.
- Bayi anda kelihatan senang dan tidak
lapar selama 1-2 jam diantara waktu penyusuan.
Penjagaan
Puting
Keringkan puting anda di udara selepas
setiap penyusuan, sapukan sedikit susu yang telah diperah pada puting,
ia dapat membantu dalam penyembuhan dan perlindungan puting.
Menggunakan
diari penyusuan
- Anda boleh menggunakan diari penyusuan
ini untuk memudahkan rujukan semasa perbincangan dengan Kaunselor Penyusuan
sekiranya anda ingin mengetahui lebih mengenai penyusuan.
- Catatkan masa anda mula menyusu. Catatkan
jangkamasa penyusuan di setiap belah payu dara. Catatkan diruangan basah
atau kotor setiap kali lampin bayi ditukar.
- Mulakan pada muka surat yang baru setiap
hari. Ini membolehkan anda melihat pula jadual penyusuan sehari (24
jam) dalam satu muka surat.
"Tumbesaran pantas"
Bayi akan melalui proses "tumbesaran pantas"
pada masa: 2 minggu, 6 minggu, 3 bulan. Semasa
proses ini, ibu biasanya merasakan tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi.
Bayi perlu disusui lebih kerap lagi, bagi memenuhi keperluan bayi. payu
dara anda akan menghasilkan lebih susu apabila kekerapan penyusuan bertambah.
Sebenarnya, bayilah yang mempengaruhi bekalan susu yang ada. Payu dara
mengambil masa 2 hari untuk menambahkan bekalan susu. Selepas proses "tumbesaran
pantas" ini, bayi akan kembali pada pola penyusulan yang asal
|