|
|
Bayi yang dilahirkan secara tidak
cukup bulan mungkin tidak tersedia untuk menyusu dalam beberapa
hari, kadangkala beberapa minggu. Anda bolehlah memerah susu anda
sejurus selepas kelahiran untuk memberi kapada bayi. Jika anda
perlu menggunakan pam, hubungilah Kaunselor Laktasi mengenai pam
susu. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Mintalah
nasihat untuk membeli pam yang paling sesuai dengan keperluan
anda.
|
Memerah susu
- basuh tangan anda dengan sabun dan
air.
- Duduklah di tempat yang sunyi tanpa
ramai orang yang lalu lalang.
- Duduk dalam keadaan selesa di kerusi
yang tegak dengan kaki tersokong.
- Sediakan minuman di sebelah anda.
- Tarik nafas dan relaks.
- Cuba urutkan payu dara untuk beberapa
minit sebelum dan semasa memerah susu.
- Bayang dan fikirkan tentang anak anda.
- Jika perlu sediakan muzik/lagu yang
menyenangkan.
- Anda sekarang sudah bersedia untuk
memerah atau mengepam susu.
Waktu terbaik
untuk memerah susu
- cuba perah atau pam susu anda setiap
3 jam pada siang hari dan sekali selepas tengah malam.
- Buatlah perancangan awal agar dapat
memerah sekurang-kurangnya 6 kali dalam sehari.
- Lakukkan proses pemerahan 10-15 pada
setiap payu dara. Anda mungkin mahu memerah secara bergilir-gilir pada
kedua belah payu dara dalam satu sesi pemerahan.
- Pemerahan yang kerap adalah satu-satunya
cara untuk mengekalkan bekalan air susu.
- Pastikan anda mempunyai waktu rehat
yang mencukupi.
Cara menyimpan
susu ibu yang diperah
- Susu ibu yang diperah boleh di simpan
di dalam botol atau bekas yang telah disterilkan. Gunakan bekas yang
dibuat dari plastik.
- Ia boleh tahan disimpan seperti berikut:
2 hari - di dalam peti sejuk (chiller) 2 minggu - di dalam peti sejuk
beku (freezer) peti sejuk dua pintu 3 bulan - peti sejuk beku (freezer)
- Gunakan bekas/botol steril baru setiap
kali susu diperah.
- Catatkan nama,tarikh dan masa perahan
pada botol/bekas yang disimpan.
Persediaan untuk
pulang ke rumah
- Ada juga hospital di mana ibu dibenarkan
tinggal di hospital semasa bayi berada di unit kawalan rapi. Jika ini
tidak dibenarkan, ibu perlu melawat hospital setiap hari untuk beberapa
sesi penyusuan.
- Hubungan rapat antara anda dan bayi
anda akan memberikan anda keyakinan diri untuk menjaganya di rumah ketika
pulang kelak. Cara ini juga dapat memastikan bayi anda dapat susu anda.
- 2-4 hari sebelum bayi dibenarkan pulang,
cuba dapatkan kebenaran untuk tinggal di hospital dan susui bayi anda
sepenuh masa.
Mula menyusu
- Sebaik sahaja bayi anda stabil dan
boleh bernafas dengan baik, dakaplah bayi anda di dada.
- Buatlah dakapan dengan sentuhan kulit
ke kulit.
- Pegang bayi, riba dengan sokongan bantal.
- Jika anda merasa tidak yakin untuk
menjaga bayi ini, perkara seperti ini adalah normal. Anda dan bayi anda
memerlukan masa untuk belajar.
- Walaupun kemajuan yang dicapai agak
lambat, anda perlu bersabar. Saat-saat manis ini merupakan saat-saat
istimewa antara anda dan bayi anda.
Pulang
ke rumah
- Galakkan bayi anda untuk menyusu dari
payu dara setiap 11/2 -3 jam.
- Perahkan/pamkan susu selepas penyusuan
dalam 2-3 minggu pertama. Ini dapat membantu untuk mengekalkan bekalan
yang mencukupi. Susu yang di perah ini merupakan susu akhir yang kaya
lemak. Ini boleh digunakan sebagai tambahan bila diperlukan kelak.
- Jika bayi anda menghasilkan 6 lampin
basah dan 2 lampin kotor sehari, ini bererti bayi mendapat susu yang
mencukupi.
- Anda mungkin perlu memberi susu tambahan
(perahan susu ibu) dari cawan atau penitis selepas anda menyusuinya.
Jarang sekali bayi diberi "susu berformula" kerana ini tidak digalakkan.
- Hubungilah Kaunselor Laktasi anda yang
terdekat untuk maklumat lanjut.
|