|
|
Menyusu
dengan selesa
- Anda mungkin merasakan satu
sensasi tegangan lembut pasa puting dan areola (tampuk susu) semasa
menyusu. Jika penyusuan di laksanakan dengan betul, anda akan
merasa selesa. Jika anda mengalami kesakitan, berhenti menyusu
dan mula semula.
- Lihat pergerakan mulut, leher
dan dahi bayi. Apabila bayi anda menyusu dengan baik, anda akan
melihat pergerakan mulutnya. Anda juga dapat melihat pergerakan
dahi dan leher bayi semasa aktiviti penelanan susu.
- Mendengar bunyi susu ditelan.
Bayi mungkin menghisap dengan pantas pada permulaan susuan diikuti
dengan penelanan susu. Kadangkala bayi berhenti seketika sebelum
sambung menghisap semula.
|
Bagi
mencapai keselesaan pada setiap penyusuan:
- Bayi yang lapar akan menghisap dengan
pantas pada awal penyusuan. Apabila penyusuan diteruskan untuk beberapa
minit, bayi menjadi lebih selesa dan akan menghisap dengan lebih perlahan.
- Semasa menyusu, bayi mungkin tertidur.
Ini adalah tanda yang bayi sudah kenyang.
- Bayi yang mendapat susu yang mencukupi
tidak banyak merengek. Bayi yang baru lahir mungkin terjaga dari tidur
bila dialihkan kedudukannya ke atas katil atau tilam. Cuba dakap bayi,
ini dapat menenangkannya. Jika bayi tetap menangis dan merengek, hubungi
Kaunselor Laktasi anda.
- Selepas hari ketiga, bayi yang mendapat
susu yang mencukupi akan mendapat 6 lampin basah dan 2 lampin kotor
sehari. Jika bilangan lampin yang di tukar kurang bilangan di atas,
sila hubungi doktor pakar kanak-kanak atau kaunselor Laktasi.
Bayi
yang mengantuk
Jika bayi anda sedang tidur dan anda
ingin mengejutkannya untuk menyusu, anda bolehlah mencuba teknik-teknik
ini:
- Tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
- Dakapkan bayi dengan sentuhan kulit
ke kulit.
- Urutkan bayi dengan pergerakan lembut
jari-jari tangan dan kaki ke dada.
- Usap tangan dan kaki bayi.
- Sentuh dan usap belakang badan bayi
dengan jari-jari anda.
- Dengan jari yang bersih sentuh pipi
bibir dan mulut bayi.
- Geletek dagu bayi.
- Bercakap dan nyanyi pada bayi dengan
nada suara yang normal.
- Salinkan lampinnya.
- Sapukan muka bayi dengan tuala pelembap.
- Gerakkan bayi perlahan-lahan.
|