|
|
Cuti bersalin biasanya enam hingga
sembilan minggu saja. Puan hendalah mengambil peluang daripada cuti
ini untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Kira-kira tiga minggu sebelum
bekerja semula, barulah puan fikirkan tentang meneruskan penyusuan.
Bertenanglah… Kami di PPPLM telah merangka satu program khusus untuk
puan.
|
Program sebenar
mengambil masa kira-kira 14 hari (dua minggu). Namun, puan dinasihatkan
mula berlatih memerah susu sendiri tiga minggu sebelum bekerja. Mula dengan
memerah susu untuk disimpan setiap kali lepas bayi menyusu atau pada waktu
bangun pagi dan juga pada bila-bila masa puan rasa susu puan berlebihan.
Jangan bimbang jika puan dapati perahan susu sedikit pada mulanya. Lambat
laun puan akan memperolehi perahan susu yang lebih banyak (Sila rujuk
pada cara menyimpan perahan susu ibu). Puan mula mengikut kiraan 14 hari
sebelum mula bekerja. Puan mungkin menyimpan beberapa botol PSI di dalam
peti sejuk puan. Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja
dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bagi ibu yang bekerja mengikut syif,
puan boleh mengubahsuaikan mengikut masa puan bekerja.
HARI PERTAMA
Sarapan Antara jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi minta pengasuh memberi PSI
pada bayi. Sebaik-baiknya bukan ibu yang memberi, bimbang bayi enggan
menyusu dari botol yang dipegang ibu. Adalah digalak ibu memerah susu
untuk disimpan pada waktu bayi diberi PSI oleh pembantu. Terus susukan
bayi puan pada masa yang berikut dan sepanjang hari. Kekalkan jadual ini
selama tiga hari.
SETERUSNYA
Puan telah berjaya mengikut program ini selama tiga hari. Syabas! Teruskanlah
melatih bayi puan meminum perahan susu ibu secara berkala seperti jadual
di bawah ini:- Selain daripada mengikut program ini, ibu-ibu perlulah
juga mendapatkan pengetahuan mengenai :
- i) caa memerah susu ibu
- ii) cara menyimpan perahan susu ibu
- iii) cara menggunakan perahan susu
ibu
Kejayaan penyusuan bagi ibu bekerja bergantung
kepada kejayaan ibu menyusukan bayi semasa dalam pantang lagi. Penyusuan
ibu tidaklah sukar jika puan faham caranya. Ingatlah! Tidak ada susu yang
lebih baik untuk kesayangan puan selain daripada susu ibu.
JADUAL LATIHAN
PENYUSUAN BAYI SEBELUM BEKERJA SEMULA
Hari (dari mula Program) Masa (anggaran 2 - 3 jam sekali) Hari 1 - 3 Hari
4 - 6 Hari 7 - 9 Hari 11 - 13 Sarapan 7.30 - 9.00 Perahan susu dari botol
Perahan susu dari botol Perahan susu dari botol Perahan susu dari botol
Minum pagi 10.00 - 11.30 pagi Susu badan Perahan susu dari botol Perahan
susu dari botol Perahan susu dari botol Makan tengah hari 12.00 - 1.30
petang Susu badan Susu badan Perahan susu dari botol Perahan susu dari
botol Minum petang 2.00 - 4.00 petang Susu badan Susu badan Susu badan
Perahan susu dari botol
NASIHAT BERGUNA
UNTUK IBU
- i) Proses stimulasi adalah penting
untuk meneruskan laktasi atau pengaliran susu. Jadi, adalah penting
ibu terus menyusu bayi pada masa ibu berada di rumah dan pada hujung
minggu dan hari kelepasan. Payu dara anda akan berasa tegang atau lebihan
takungan susu setiap kali selepas hari kelepasan/cuti. Ini disebabkan
lebihnya stimulasi pada hari sebelumnya. Ini akan memudahkan lagi proses
memerah susu pada hari itu. JANGAN harap dengan memerah susu saja boleh
mengekalkan bekalan susu ibu.
- ii) Perahan susu ibu (PSI) sebaiknya
diberikan oleh pengasuh bayi.
- iii) PSI boleh diberikan kepada bayi
dengan menggunakan sudu kecil. Penggunaan botol atau putting biasanya
akana membuatkan bayi 'keliru puting'.
- iv) Minum air secukupnya dan makan
makanan seimbang.
- v) Cuba mengambil masa untuk berehat
kerana ini penting untuk penghasilan susu ibu.
- vi) Bangun dari tidur lebih awal (20
minit) dan susukan anak walaupun dia sedang tidur atau separuh tidur.
Ini akan membuat bayi kenyang dan tenteram sementara ibu bersiap untuk
pergi kerja.
- vii) Bersarapan dengan makanan yang
mengenyangkan dan susukan bayi sekali lagi sebelum keluar.
- viii) Sementara menunggu masa untuk
balik ke rumah, beritahu pengasuh supaya memberi bayi susu sekadar mencukupi
keperluannya untuk menghilangkan rasa dahaga. Dalam masa yang sama,
waktu ini ibu mungkin rasa 'penuh' di kedua-dua belah payu dara dan
mengharapkan bayi menghisap sepuas-puasnya sebaik sampai di rumah.
- ix) Ibu harus susukan bayi secepat
mungkin ( 30 minit) sebaik sampai di rumah.
- x) Susui bayi pada kedua-dua belah
payu dara. Ini adalah amalan yang sangat digalakkan.
- xi) Jika susu keluar dan membasahi
baju, tekankan kedua telapak tangan pada payu daya beberapa minit. Kalukan
secara berpeluk tubuh supaya tidak ketara. Gunakan alas baju dalam (nursing
pads) dan amalkan menukarnya selalu bila basah. Ini boleh mengelakkan
daripada sakit puting. Ketumpahan susu juga boleh berlaku apabila ibu
teringkatkan bayi.
- xii) Jangan biarkan payu dara penuh
susu lebih daripada tiga jam tanpa memerahnya. Ini boleh membuatkan
ibu tidak selesa dan boleh berlaku bengkak susu (engorgement). Perahkan
susu sambil mengurut perlahan-lahan untuk melegakan rasa keperitan ini.
Jika suka, demah dengan menggunakan tuala suam atau sejuk.
MEMERAH SUSU
IBU MENGAPA?
- · Ia menyebabkan bekalan susu ibu
tidak putus.
- · Ia adalah makanan terbaik untuk bayi.
- · Ia mengurangkan risiko bayi terdedah
kepada pelbagai penyakit dan alahan.
- · Ia mengelakkan dan mengurangkan
bengkak payu dara.
- · Ia mengelakkan infeksi atau radang
payu dara (mastitis).
BANYAK MANA ?
Memerah susu mungkin sukar dilakukan pada mulanya tetapi akan menjadi
lebih mudah setelah dilakukan selalu. Jangan putus asa jika pada mulanya
hanya memperolehi sedikit saja susu. Ibu-ibu yang sudah biasa memerah
susu mereka boleh memperolehi bilangan susu yang banyak dalam 15- 20 minit.
Kuantiti susu yang diperolehi berbeza-beza pada setiap masa perahan dibuat.
Umur dan berat badan bayi juga akan menentukan kuantiti susu yang perlu
ditinggalkan untuk bayi.
DI MANA ?
Di tempat kerja, memerah susu boleh dilakukan di mana-mana, asalkan tidak
menarik perhatian ramai.
- Di ruang pejabat yang tertutup.
- Dalam bilik stor yang bersih.
- Dalam surau atau bilik sembahyang.
Sekiranya anda terpaksa memerah susu
di tempat yang anda khuatiri kebersihannya, gunakanlah pam susu. Ini membantu
perahan susu ibu terus masuk ke dalam botol. Ini untuk menjamin kebersihan
dan mengelak daripada terdedah kepada pertumbuhan bacteria.
CARA MEMERAH
DENGAN TANGAN
Sebelum memerah susu ibu, urut
payu dara anda terlebih dulu. Tekankan kedua-dua belah tangan secara mendatar
di atas badan di kedua-dua sisi payu dara. Lengan mestilah tegak di tepi.
Sambil menekan dengan kuat, gerakkan jari secara perlahan-lahan ke bahagian
puting dan areola. Untuk mengeluarkan susu dari lactiferous sinus, tekan
dengan perlahan-lahan bahagian areola menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
KEBERSIHAN
Susu perlu diperah ke dalam bekas atau botol yang telah disterilkan. Gunakan
bekas/botol yang berlainan setiap kali perahan. Bila menggunakan pam susu,
pastikan setiap bahagian pam yang bersentuhan dengan susu disteril pada
setiap kali ia digunakan. Harus juga berhati-hati supaya pam susu tidak
digunakan dengan sedutan yang terlalu kuat. Ini boleh menyebabkan puting
berasa sakit.
PAKAIAN YANG
SESUAI
Ibu akan berasa selesa sekiranya
berpakaian longgar serta mudah ditutup dan diangkat dari bahagian depan.
Pakaian yang berzip atau berbutang dari bahagian belakang adalah TIDAK
sesuai untuk memerah susu. Baju kurung atau baju Kedah dan pakaian sepasang
(blaus dan skirt/seluar) memang sesuai untuk ibu yang menyusu anak mereka.
CARA MENGGALAKKAN
REFLEKS LET-DOWN
Refleks let-down atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan
susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekirnya
keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses let-down boleh berlaku bila
ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu.
Beberapa cara untuk mendapatkan refleks let-down ialah :
- Releks dan perah susu di tempat yang
sunyi dan jauh daripada segala kebisingan.
- Letakkan tuala suam ( demah) di atas
payu dara.
- Urut payu dara secara perlahan-lahan
dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu.
Jika memerah susu di rumah, tunggu selama
30 -40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan. Proses
ini memberi masa untuk 'kilang susu' membuat tambahan.
MENYIMPAN PERAHAN
SUSU IBU
Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpan perahan
susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti
sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini :- · Guna kotak 'piknik'
yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya
dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan
susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah. · Gunakan ' flask' air
panas yang diubahsuai supaya ianya sejuk. Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan
air ke dalamnya sehari/dua sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan
ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum
isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah
untuk menyusukan bayi. Ibu perlu memerah susu 1 - 2 kali di tempat kerja
untuk di bawa balik. Perahan susu ibu ini boleh disimpan di dalam peti
sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan
'flask' yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga,
perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna
perhan susu ibu sebelumnya.
BEKAS SESUAI
UNTUK MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU
- Bekas atau botol plastik yang boleh
tahan beku dan panas.
- Botol susu berukuran 120 mls.
PERAHAN SUSU IBU YANG DISIMPAN DALAM PETI
SEJUK DUA PINTU SEBAIK-BAIKNYA DIHABISKAN DALAM MASA DUA MINGGU MENYEJUKKAN
SUSU Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller)
rak pertama - BUKAN di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam).
MEMBEKUKAN SUSU
Buatkan seperti di atas selama
30 minit baru masukkan ke dalam tempat pembeku (freezer). Catatkan tarikh
pad bekas itu (tahan hingga 3 bulan).
|