|
|
Faedah untuk wanita
- Penyusuan susu ibu meningkatkan
keyakinan dan ketahanan diri ibu kerana mereka mampu menyediakan
penjagaan anak yang berkualiti.
- Penyusuan susu ibu juga merapatkan
lagi hubungan kemesraan di antara ibu dan anak. Ini penting untuk
wanita yang bekerja dan perlu berjauhan dengan bayi.
- Risiko untuk mendapat kanser
ovari dan payu dara adalah rendah daripada kalangan wanita yang
menyusukan anak. Mereka juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis.
- Penyusuan susu ibu membantu
ibu lebih cepat mendapat bentuk badan yang asal.
|
Faedah untuk keluarga
- Penyusuan susu ibu boleh menjarakkan
kehamilan. Jarak melahirkan anak adalah penting untuk sesetengah wanita
terutama yang tidak boleh mengamalkan perancang keluarga .
- Penyusuan susu ibu boleh menjimatkan
perbelanjaan dan masa berbanding wang yang dibelanjakan untuk penyusuan
botol dan rawatan penyakit yang disebabkan susu botol.
Faedah untuk majikan
- Majikan yang menyokong pekerjanya menjalankan
tanggungjawab keluarga sambil mengimbangi tugas di tempat kerja boleh
mengurangkan masalah pekerja ambil cuti, pemberhentian pekerja dan meningkatkan
produktiviti serta imej organisasi.
- Syarikat yang memperkenalkan tempat
kerja mesra keluarga dianggap sebagai majikan yang progresif dan menyokong
pembentukan keluarga harmoni.
Faedah alam sekitar
- Penyusuan susu ibu tidak mencemarkan
alam sekitar.
- Memandangkan lebih ramai wanita bekerja
memilih untuk menyusukan anak, majikan perlu sentiasa memastikan kebersihan
dan keselamatan di tempat kerja. Manakala pengeluar makanan pula perlu
prihatin dengan kesan toksid racun serangga.
Faedah Ekonomi
- Sektor kesihatan dapat menjimatkan
wang kerana tidak perlu memberi susu formula dan botol susu. Secara
tidak langsung dapat menjimatkan wang kerana bayi yang diberi susu ibu
lebih sihat dan tidak begitu kerap mendapat rawatan doktor.
- Negara pula dapat menjimatkan mata
wang kerana tidak perlu import susu formula.
Tips untuk mengimbangi penyusuan susu
ibu dan kerjaya
- Ambil cuti yang lebih panjang selepas
bersalin.
- Lebihkan makanan dan minuman untuk
kekal sihat. Pemakanan perlu seimbang dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran,
kabohidrat dan minum air.
- Pastikan penyusuan susu ibu benar-benar
dapat anda lakukan dengan betul sebelum balik bekerja.
- Jika berpisah dengan bayi dalam tempoh
beberapa jam, perah susu ibu beberapa kali dalam sehari. Minta penjaga
memberi susu ibu kepada bayi di dalam cawan. Botol susu hanya boleh
mengurangkan minat bayi kepada penyusuan susu ibu.
- Pastikan penjaga bayi adalah mereka
yang benar-benar memahami dan menyokong penyusuan susu ibu.
- Berlatih memerah susu ibu sebelum
kembali bekerja. Memerah susu ibu dengan tangan lebih mudah dan selesa
untuk semua wanita. Perahan susu ibu boleh disimpan dalam suhu bilik
selama 10 atau lebih walaupun dalam negara tropika. Simpan di tempat
sejuk boleh tahan lebih lama.
- Duduk di atas kerusi yang selesa atau
baring semasa menyusui anak, sekaligus anda boleh berehat.
- Jika anda berpisah dengan bayi pada
waktu siang, susui bayi anda lebih kerap pada waktu malam. Lebih mudah
jika bayi tidur dengan anda.
- Tubuh sebuah kumpulan sokongan wanita
yang menyusui anak mereka atau mengambil bahagian dalam kumpulan seumpama
ini.
- Jarakkan kehamilan seterusnya sehingga
anda bersedia untuk menyusui seorang anak lagi.
Mewujudkan tempat kerja mesra ibu
Tempat kerja 'mesra ibu' sangat penting
untuk menggalak penyusuan susu ibu. Sedihnya, hanya segelintir wanita
yang bertuah mendapat tempat kerja mesra ibu walaupun mereka dalam bidang
yang berbeza. Setiap tempat kerja mempunyai sumber yang unik dan terhad
. Bagaimanapun, ia masih dapat menyokong penyusuan susu ibu dengan cara
tersendiri. Ada tiga keperluan yang boleh memastikan ibu, sma ada bekerja
secara formal atau tidak terus menyusukan anak. Keperluan itu ialah:-1.
Masa, 2. Tempat,3. Sokongan.
Majikan boleh menyediakan tiga keperluan
ini jika mereka mempunyai keazaman yang kuat.
MASA
- 1. Beri sekurang-kurang empat bulan
cuti bersalin (lebih ideal enam bulan). Tawarkan pilihan cuti bersalin
dengan separuh gaji.
- 2. Tawar waktu kerja fleksibel kepada
ibu yang menyusui anak mereka seperti bekerja secara sambilan, waktu
makan tengahari lebih panjang dan berkongsi tugas.
- 3. Beri waktu pelepasan untuk penyusuan
susu ibu sekurang-kurangnya sejam sehari.
TEMPAT
- 1. Sokong penubuhan pusat asuhan kanak-kanak
di premis pejabat atau berdekatan tempat kerja. Sediakan pengangkutan
untuk membawa ibu ke tempat asuhan kanak-kanak. Untuk tempat kerja di
luar bandar, bolehlah gunakan pusat asuhan bergerak.
- 2. Sediakan bilik yang selesa, lengkap
kemudahan untuk memerah dan menyimpan susu ibu.
- 3. Sentiasa menjaga persekitaran tempat
kerja supaya bersih dan selamat daripada bahan buangan berbahaya dan
berkimia.
SOKONGAN
- 1. Maklumkan kepada pekerja wanita
dan kesatuan sekerja mengenai faedah untuk wanita melahirkan anak dan
sediakan maklumat sokongan untuk kesihatan wanita.
- 2. Galak pekerja dan pihak pengurusan
berfikiran positif mengenai penyusuan susu ibu di tempat awam.
- 3. Galak penubuhan rangkaian sokongan
ibu dalam kesatuan sekerja atau kumpulan pekerja untuk membantu wanita
menyusu dan terus bekerja.
Apa yang perlu anda lakukan untuk mengalak
penyusuan susu ibu di tempat kerja?
- Wanita bekerjaya
- Ketengahkan isu penyusuan susu
ibu kepada kesatuan sekerja, kumpulan wanita atau organisasi kemasyarakatan.
- Tubuhkan kumpulan sokongan ibu
di tempat kerja untuk bertukar-tukar maklumat mengenai teknik penyusuan
susu ibu dan pengurusannya atau sertai kumpulan sedia ada.
- Wanita bekerja sendiri boleh membuka
pusat asuhan kanak-kanak.
- Majikan
- Ikut cadangan yang diberi dalam
bahagian 'Mewujudkan Tempat Kerja Mesra Ibu'.
- Pertimbangkan faedah baik buruk
cara penyelesaian kepada penjagaan bayi dengan kos.
- Kesatuan sekerja dan kumpulan pekerja
- Bangunkan pusat penjagaan kanak-kanak
di tempat kerja
- Pastikan semua kakitangan pusat
asuhan kanak-kanak itu diberi sokongan dan pengetahuan mengenai
penyusuan susu ibu.
- Buat gesaan mewujudkan tempat kerja
yang bersih dan bebas daripada pencemaran seperti bahan kimia dan
radiasi terutama kepada ibu yang menyusu anak.
- Lobi cuti bersalin yang mencukupi,
waktu pelepasan untuk memerah susu ibu dan program kekeluargaan
termasuk pendidikan pra-natal mengenai penyusuan susu ibu.
- Beri contoh bahawa tempat kerja
mesra ibu berfaedah untuk wanita dan semua pekerja.
- Wujudkan rangkaian dengan persekutuan
sekerja antarabangsa dan organisasi yang menyokong penyusuan susu
ibu.
- Pengamal Perubatan
- Beri maklumat kepada wanita mengenai
kebaikan memberi bayi susu ibu secara eksklusif dan bahaya bayi
hisap susu botol.
- Beri nasihat mengenai mengimbangi
penyusuan susu ibu dan kerjaya kepada wanita.
- Pastikan semua hospital dan klinik
adalah tempat kerja mesra ibu.
- Sediakan kaedah perancang keluarga
yang menyokong penyusuan susu ibu.
- Beri kesedaran kepada ibu bekerjaya
bahawa mereka masih dapat terus memberi susu ibu tanpa perlu menggunakan
produk komersial.
- Kumpulan masyarakat dan alam sekitar
- Tingkatkan kesedaran orang ramai
bahawa penyusuan susu ibu adalah mesra alam berbanding penyusuan
botol.
- Gunakan kempen Minggu Penyusuan
Susu Ibu Sedunia untuk menarik perhatian media mengenai isu ini.
- Dapatkan kerjasama selebriti untuk
kempen penyusuan susu ibu dan kerja amal.
- Sediakan siaran akhbar dan maklumat
mengenai masalah wanita bekerja dan penyusuan susu ibu untuk media
terutama majalah wanita.
- Anjur pertandingan melukis atau
menulis untuk tujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyusuan susu
ibu.
- Pembuat dasar dan kumpulan wanita
- Lobi kerajaan untuk penubuhan taska
di tempat kerja dan terus mendapat gaji dalam tempoh cuti bersalin.
- Kenalpasti sama ada undang-undang
materniti dilaksanakan dan merangkumi semua sektor pekerja wanita.
- Di negara yang tidak mempunyai
undang-undang materniti, lobi kerajaan untuk melaksanakannya mengikut
cadangan dalam konvensyen ILO
- Masukkan hak penyusuan susu ibu
dalam kempen hak asasi manusia, persamaan hak gender dan kanak-kanak.
|