|
|
Untuk pengetahuan
anda
- Susu ibu adalah makanan terbaik
untuk bayi dalam tahunnya yang pertama.
- Kebanyakan bayi mula mengambil
makanan pejal antara 4-6 bulan. Sesetengah bayi yang disusui dengan
susu ibu mula mengambil makanan pejal ini antara 6-8 bulan.
- Memulakan makanan pejal terlalu
awal boleh menyebabkan alahan dan "overfeeding". · Bayi mula berhenti
menyusu apabila bayi sudah mengambil makanan lain secara tetap.
|
Tanda-tanda
menunjukkan bayi sudah bersedia untuk makanan pejal:
- Bayi mula mencapai makanan yang terletak
dihadapannya.
- Bayi meletakkan permainannya di dalam
mulut
- Gigi mula tumbuh.
Memulakan makanan
pejal
- Cuba perkenalkan makanan pejal pada
masa bayi tidak lapar iaitu antara waktu susuan, satu atau dua kali
sehari.
- Mulakan dengan satu sudu buah-buahan
yang telah dihancurkan ataupun jus.
- Perkenalkan satu makanan baru setiap
3-4 hari. Ini dapat membantu anda mengenalpasti alahan yang didapati.
- Campurkan makanan dari semua kumpulan
makanan untuk 3-4 bulan yng berikut.
Cadangan makanan
pejal:
- Sayur-sayuran - bayam, lobak, labu.
- Buah-buahan - pisang, betik, epal.
- Daging - ayam, lembu, ikan.
Apabila bayi berumur 9 bulan, bayi mesti
mendapatkan semua kumpulan makanan dalam sehari. Semasa menyediakan makanan
bayi, pastikan garam tidak di tambahkan. Makanan bayi yang dibuat di rumah
adalah yang terbaik kerana ia sentiasa segar dan tidak mengandungi sebarang
pengawet.
Bilakah saya
patut berhenti menyusu?
Tanya diri anda sendiri:
- Adakah bayi saya masih mahu terus menyusu?
- Adakah saya rasa seronok dan ingin
terus menyusu?
Penyusuan boleh diberhentikan apabila
anda dan bayi sudah bersedia, bukan kerana orang-orang disekeliling dan
memberitahu:
- Anak anda sudah terlalu besar.
- Anak anda sudah mula tumbuh gigi dan
selalu menggigit.
- Anda terlalu memanjakan anak anda.
Berhenti
menyusu
Anda dinasihatkan untuk berhenti menyusu
secara perlahan-lahan atau berperingkat. Ini memberi peluang kepada badan
anda dan anak anda menyesuaikan diri. Bekalan susu anda akan mulai berkurangan
apabila anda kurang menyusu. Setiap hari anda bolehlah memberi secawan
susu atau jus buah-buahan sebagai ganti susu ibu. Selepas 3-4 hari, berikan
secawan lagi untuk menggantikan penyusuan yang seterusnya. Teruskan begini
sehingga anda tidak lagi menyusu. Rancangkan aktiviti lain untuk anak
anda pada waktu penyusuan. Bapa boleh membantu dengan membawa anak anda
ke taman permainan atau membaca buku untuk mengalihkan perhatian anak
anda. Anak anda memerlukan lebih perhatian dan belaian semasa melalui
proses ini.
Menyusu
anak yang besar
- Sesetengah ibu gemar menyusui anak
mereka yang sudah besar - lebih dari 1 atau 2 tahun.
- Ibu dan anak mendapat kepuasan dengan
dakapan semasa penyusuan.
- Anak yang besar akan berhenti menyusu
dengan sendirinya apabila mereka telah bersedia.
- Penyusuan dengan susu ibu akan membekalkan
makanan yang baik untuk anak anda dan mengekalkan kesihatan anak, walaupun
dia hanya menyusu sedikit sahaja.
- Lambat laun anak anda akan membesar
dan hilang minat untuk terus menyusu.
- WHO serta UNICEF menggalakkan ibu untuk
meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau lebih.
- Risiko untuk mendapat kanser payudara
berkurangan apabila ibu menyusu dengan lebih lama.
|