|
|
|
PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan
haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika
dia mampu.
|
|
|
KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya
ialah dua tahun.
"Dan kewajipan
bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut
cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana
anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita
kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut
(jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri)
mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai
oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu
kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu
serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.
Al-Baqarah:233
|
|
KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan
keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam
menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut
laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah
jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.
KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga
harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus
menyusu.
KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan
syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu
dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan
yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
KEENAM
Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah
orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memrintahkan bapa untuk memberi
upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan
anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.
Allah telah memenuhi segala keperluan
bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan
iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah
cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama
kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan
makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan
susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa
sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap
bayinya yang telah diamanhkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan
perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa
yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman
ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan
kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan
ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan
risiko barah buah dada dan ovari. .
|