|
|
Sebagai ketua keluarga, anda perlu
pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan
sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan
ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:
- Belajar mengenai penyusuan ibu
susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
- Peringatkan ibu bahawa bulan
pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
|
- Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang
menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
- Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja
seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju
dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para
ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:
- adakah anda pasti susu anda mencukupi?
- Kenapa bayi anda seringkali lapar
- Mungkin anda perlu memberinya susu
botol/susu berformula
Berikan perhatian kepada anak-anak yang
lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan
emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. Luahkan kata-kata perangsang
untuk isteri seperti :
- "Saya rasa lega awak dapat menyusu
anak kita"
- "Hari ini, biar saya saja yang masak"
- "Tak sangka awak ni seorang ibu yang
baik".
- "Saya bangga bila tengok awak menyusu
anak kita".
- "Pergi lah berehat. Biar saya saja
yang mandikan anak kita".
Bagi menjamin kejayaan menyusu :-
- Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai
penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
- Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara
yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah,
saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.
BEBERAPA PANDUAN
UNTUK BAPA
Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya
kurang mengalami masalah seperti berikut :-
- alahan
- sakit telinga (otitis media)
- kerap sakit teruk dan dimasukkan ke
hospital
- cirit birit dan sembelit
- kerosakan gigi.
Ini bererti anda :
- tidak perlu kerap berjumpa doktor
- menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
- mempunyai masa yang terluang untuk
diri sendiri dan keluarga
- adalah lebih mudah dan tenang untuk
menjaga bayi yang sihat.
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik
untuk anak anda kerana :
- Susu ibu mengandungi segala khasiat
yang diperlukan oleh bayi
- Susu ibu berubah mengikut umur dan
keperluan bayi.
- Susu ibu lebih mudah dihadam.
- Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut
dan kurang berbau.
- Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria
dan jangkitan lain.
|