|
|
Apabila bibir bayi menekan kawasan areola di mana terdapatnya sinus, saraf-saraf di bahagian ini menghantar isyarat ke otak lalu merembeskan keluar dua jenis hormon iaitu oksitoksin dan prolaktin. Oksotoksin membolehkan susu memancurkan keluar manakala prolaktin merangsang payu dara agar menghasilkan lebih banyak susu. Amat jarang bagi seseorang wanita yang baru bersalin mendakwa dia gagal menyusu. Malah wanita yang mengalami pembedahan payu dara dan masalah puting rata atau tenggelam masih boleh menyusu dengan baik, jika teknik-teknik yang betul digunakan sejak awal kehamilan dan kelahiran bayi KOLOSTERUM Ini adalah ceciar yang dihasilkan pada hari pertama sehingga hari ke-10. Ia kaya dengan protin dan anti-bodi. Walaupun kuantitinya amat sedikit berbanding susu sebenar, ia tetap mencukupi untuk keperluan bayi pada hari pertama, kedua dan ketiga kelahirannya. MENYUSU SECEPAT MUNGKIN Percubaan menyusu secepat mungkin mempunyai kebaikan seperti berikut :- · Menghindari atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu mula terkumpul dalam payu dara. · Penyusuan kolosterum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis (kuning) kerana bilibirun dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman yang mudah. · Rangsangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran. Hisapan pada peringkat awal, seterusnya akan menjamin kejayaan menghisap pada payu dara. · Bayi menerima faedah imunisasi lebih awal. · Meningkatkan hubungan antara ibu dan bayi. MENYUSU DENGAN KERAP Zaman dahulu, di mana belum ada jam dan orang masih belum mengenali waktu, ibu-ibu menyusu berdasarkan permintaan bayi. Perut bayi baru lahir amat kecil, tidak lebih dari sebiji telur rebus. Jangan paksa bayi minum dengan banyak. Beri lah secukupnya setiap kali dia menangis. Mungkin dua jam sekali atau setiap setengah jam. Kebanyakan bayi baru lahir perlukan 10-12 penyusuan dalam tempoh 24 jam. Pastikan anda menyusu pada waktu malam. Pada waktu malam, prolaktin berada pada tahap tinggi. Oleh itu, penyusuan waktu malam amat baik untuk merangsang pengaliran susu agar mengalir dengan banyak pada keesokan harinya. KEDUDUKAN MENYUSU DAN CARA HISAPAN BAYI Kebanyakan masalah penyusuan berpunca dari kedudukan menyusu yang tidak betul. Berikut ialah sedikit panduan untuk mendapatkan kedudukan menyusu yang betul :- Jika menyusu menggunakan payu dara kiri, nasihatkan anak atau menantu anda agar pegang leher bayi bagi membolehkan dia mengawal kepala bayi dan memangku punggungnya menggunakan lengan. Keseluruhan badannya perlu mengadap ibunya dan puting ibu perlu masuk jauh ke dalam sehingga terkena lelangit mulut bayi. Tangan kanan pula memangku payu dara. Pastikan ibu jari berada di atas dan jejari lain berada di bawah payu dara - jauh sedikit dari bahagian areola. Gerakkan payu dara ke atas dan bawah bagi mendapat kedudukan yang sesuai dengan bibirnya. Sentuh bibir bayi dengan payu dara sehingga mulutnya terbuka luas. Sabar. Bila dia membuka mulut seluasnya - seperti dalam keadaan menguap, cepat-cepat tarik kepalanya ke payu dara. Ketika menyusu, pastikan keseluruhan mulut bayi meliputi seluruh bahagian areola. Pastikan juga yang ibu tidak berasa sakit. Jika sakit, tentu ada yang tak kena. Oleh itu, keluarkan mulut bayi dari puting dengan cara menyelitkan jari ke hujung mulutnya. Bila puting terlepas dari mulutnya, cuba lagi sehingga ibu berasa selesa dan tidak lagi sakit. Galakkan anak atau menantu anda mencuba pelbagai kedudukan apabila dia sudah cekap menyusu. Elok juga jika menyuruhnya menyusu cara baring kerana ini membolehkan dia berehat. |
||||||||||||
|
|