|
Ke
Laman Utama
|
| |
 |
|
Penyusuan
Susu Ibu
|
|
|
|
Susu
ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan
khusus untuk bayi anda. Ia mengandungi segala khasiat
yang diperlukan dengan komposisi yang betul. Ia
mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang
sesuai pada bila-bila masa. Susu ibu mengandungi
antibodi yang tidak ternilai yang dapat melindungi
bayi anda daripada jangkitan dan alahan,terutama
dalam bulan-bulan pertama. Perkembangan dan kecerdasan
seseorang bayi juga adalah lebih baik bila mendapat
khasiat susu ibu.
|
|
| |
|
Menuju
Ke Arah Penyusuan Efektif
|
|
|
Susuilah
bayi anda mengikut keselesaan anda dan
bayi. Dapatkan maklumat mengenai cara-cara
penyusuan yang efektif dan kenali masalah-masalah
yang biasa dihadapi oleh para ibu yang
menyusukan bayi mereka. Ramai yang tersalah
anggap bahawa menyusukan bayi adalah suatu
amalan yang terlalu mudah dan akan cepat
mengalah apabila menghadapi masalah, walaupun
masalah itu sangat kecil dan biasa berlaku.
Tingkatkan pengetahuan anda dan pastinya
anda akan berjaya dalam usaha penyusuan
bayi anda! |
|
|
|
Sokongan
|
| Walaupun
tidak boleh menyusu, peranan bapa tidak
kurang pentingnya dalam usaha mempastikan
bahawa penyusuan susu ibu dapat diteruskan
dengan jaya, sehingga lah bayi membesar
dengan sepenuhnya. Jika anda seorang bapa,
jangan memandang ringan terhadap penyusuan
susu ibu. Anda mungkin orang yang paling
bertuah jika isteri anda memilih untuk
menyusu anak dengan susu ibu. Anda
tidak perlu lagi bergilir-gilir bangun
malam untuk menyediakan susu botol.
|
|
|
|
|
Kerjaya
Dan Penyusuan Susu Ibu
|
|
|
Susu
ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.
Adalah sangat digalakkan ibu-ibu terus
menyusukan bayi sepenuhnya walaupun telah
bekerja semula. Ruangan ini berhasrat
membantu ibu-ibu agar dapat memahami keadaan
yang sebenar dan dapat menyahut cabaran
dalam usaha penyusuan bayi-bayi mereka |
|
|
|
|
|
|